Pages

Sunday, May 25, 2014

Event Day : Firefighter Night Half Marathon D'Cyberjaya 2014

Event ni dianjurkan pada malam hari. Dan ni kali pertama aku run waktu malam. So tak tau nak budget masa nak sampai sana lagi. Jadi aku bertolak daru rumah dalam pukul 6PM. Dalam pukul 6.30PM dah sampai Balai Bomba Cyberjaya. Alhamdulillah dapat parking tepi jalan dekat dengan pintu masuk Balai Bomba. Takde lagi kawan2 aku yang sampai. Jadi melilau la sekejap dalam Balai Bomba tu.


Start point.


Disebabkan awal lagi, tak ramai la lagi para peserta sampai.


Perkarangan pintu masuk Balai Bomba.




Motosikal dan lori Bomba.


Kata semangat.







Lepas puas bergambar, kami menuju ke Masjid Balai Bomba utk solat Maghrib. Tu yang setiap gamba ada kain pelikat atas bahu. Heheheh. 


Macam biasa sebelum lari bergambar dulu.

Tepat pukul 8.30PM je larian 10km dimulakan. 21km start dulu 20min sebelum tu. Yang tak best run ni, 21km je ada timing chip. 10km takde :(


Map.


Pace.


Stat. Disebabkan lari malam dan tak pernah sebelum ni, jadi macam penat sikit.. Bukan sikit.. banyakkk...  Nak kene training malam gak ni supaya biasa dengan suasana malam. So far ada kemajuan. 10km sekarang masa dalam 1:18'54. 5 min kurang dari larian terakhir 10km.


Kat penamat pon aku belasah lari lagi. Lupa yang 10km takde record time. Hahaha..


Medal. Lupa nak amik gambar belakang. Tak silap aku medal untuk 21km talinya warna merah.


Aku dan Medal.


Sempat selfie dengan rakan opis.


Bergambar dengan RunningKaki FB group.


Kanak2 riang bersama lori bomba :)

Aku tau yang penganjur ni pertama kali anjurkan event running. So far cuma 2 perkara saja nak komplen.

1. Water station kurang meja dan cup. Terpaksa ambil sendiri cup dan tuang air sendiri. Ada 3 water station untuk 10km ni. Semua sama je. Tiga2 water station aku amik cup sendiri dan tuang air sendiri.

2. Di perkarangan balai bomba selepas larian, kurang tong sampah. Jadi cup dan mangkuk bersepah2 di longkang2 dan tepi bangunan. Kesian abg bomba nak kene bersihkan nanti.

Sekain.. Alhamdulillah berjaya tamatkan larian 10km.

Gambar dari Photographer.. 





Saturday, May 24, 2014

2XU Compression Tight dalam genggaman

Akhirnya complete sudah aku punya barang lari aku. Barang terakhir yang aku idamkan ialah 2XU Compression Tight. Mula-mula nak beli version Elite. Ntah macam mana aku rasa macam tak perlu la plak. So beli yang biasa saja. Pau bini aku nak beli tight ni. Terima kasih sayang :)





Nak rasmi malam ni kat event Firefighter Night Half Marathon D'Cyberjaya. Semalam cuba sekejap.. Susah jugak la nak sarung. So far sedap jugak la. Terasa compression bahagian paha dan betis. Kuat skit dari stokin Karrimor Compression.

Sunday, May 18, 2014

Event day : NM GALAXY ROAD RUN 2014 2ND SERIES

Disebabkan event kat Padang Merbuk, kenalah bangun awal. Aku bangun pukul 4.30AM hari ni. Pukul 5AM dah keluar rumah. Singgah kat Petronas Sg Besi pickup Armi dan terus gerak ke Padang Merbuk. Sampai sana dalam pukul 5.50AM. Terus masuk Masjid Bukit Aman solat subuh sat. Abis je solat subuh terus siap2 gerak ke kawasan perhimpunan. Pukul 6.20AM dok lenggang lenggok lagi jalan.


Baru lepas hajat kat tandas bergerak tepi jalan.

Bila nak dekat sampai je, diorang dah panggil kata 10km dah nak start. Berlari kejap la aku ngan budak2 ni. Tula sapa suruk lek-lek aje. Hahaha..


Ramai dah berkumpul. Kitarang tak sempat gi ke depan. Sebab datang lambat.


Macam biasa. Kenela bergambar dulu sebelum lari. Sempat lagi tu. Lepas tangkap gambo je terus lari. Tak sempat nak pasang ear phone dan lagu.


Map.


Pace dan masa larian untuk 9km. Event kata 10km.


Stat Larian


Baru abis lari.


Bergambar dengan Bumblebee


Stage.


Dengan rakan seperjuangan.


Beratur nak amik Milo. Panjang tu.


Khemah amik pisang dan air.


Laluan lepas amik medal nak ke khemah pisang dan air.


Dengan partner lari baru.


Geng Kinvara 3.


Reward...Medal


Medal belakang


Dengan geng ex-utm AC97

Aku memang puas hati dengan event ni. Masa berlepas ikut masa. Route pon aku suka. Jalannya besar dan polis mmg block jalan tak kasik kereta masuk. Ntah event kali ni walaupon lari kat kawasan bukit, aku tak terasa letih sangat dan pace aku pon dah improve. 

Hopefully event NMGALAXY 3rd series kat Bukit Jalil pon macam ni juga. Inshaallah.

Update official result:




Gambar dari photographer..


















Saturday, May 17, 2014

Event Kit : Firefighter Night Half Marathon D'Cyberjaya 2014

Hari ni berkesempatan pergi ambil race kit untuk event Firefighter Night Half Marathon D'Cyberjaya 2014 di Balai Bomba Cyberjaya. Sampai di Balai Bomba Cyberjaya dalam pukul 2PM. Sebab nak pergi lunch di Saba tu yang singgah collect kejep. Kalau tak ambil hari isnin je.


Gi collect kit dalam tu. Pintu masuk Balai Bomba.


Kaunter untuk ambil kit. Kurang teratur. Sorang je jaga. Lepas tu kene check nama sendiri atas kertas. Tu mamat tu tgh cari nama aku dalam laptop dia. Sekali tak jumpa baru gi cari dalam list kat kertas2 tu. Nasib baik jumpa. :)


Bib semua kat belakang tu.. heheh.. 


Carik la nama korang dalam kertas ni. Tak susun ikut abjad plak tu. Jenuh mencarik.


Jumpa pon nama aku. Nasib baik kejap je cari dan tak ramai orang. Kalau tak jenuh beratur la.


Goodies bag, baju dan bib.


Nombor bib aku. Sayangnya untuk 10km takde timer chip. Untuk kategori 21km sahaja ada timing chip. :(


Dalam goodies bag dapat semua dalam gambar di atas. Ada Race guide, sabun dan voucher. Yang lain semua risalah2 promosi. Bole guna voucher 25% untuk beli barang HIGH5. Kat Balai Bomba tu ada bukak kaunter HIGH5.






Baju bahagian depan.


Baju bahagian belakang.


Nanti masa event, kalau tak tau nak parking mana.. Dalam Race Guide ada bagitau kawasan mana bole parking :)

Jumpa di sana nanti pada sesiapa yg join event ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...