Pages

Sunday, August 31, 2014

Event Day : Summernats11.08KM Merdeka Run 2014

Alhamdulillah dapat juga join Larian Merdeka 2014 di Litar F1, Sepang. Memula macam takde harapan sebab wife ajak gi melancong, sekali dia kene kerja dan standby. So apa lagi, cargas la.

Bangun awal sangat hari ni. 4:00AM. Pukul 4:30AM dah gerak dari rumah. Tak nak lewat sebab tak pernak masuk Litar Sepang dan tak tau nak parking kat mana. End up pukul 5:20AM sampai kawasan parking. Masa tu tak ramai orang lagi. Nak masuk parking kene bayar RM10. Mahalnya. Lepas dah parking, tgk penuh dengan geng-geng basikal. Tanpa buang masa, bersiap dan makan Hammel Gel sepeket. Sebab tak beli sarapan hari ni. Dari parking, ada la dalam 1km jalan nak ke pintu depan.


Lega sampai pintu depan ada geng RKs. Runner tak perlu tunjuk ticket masuk. Just pasang bib saja. Takde bib kene tunjuk ticket.

Dalam pukul 6:20AM kami bergerak masuk ke dalam. Rupanya kene jalan dalam 1.4KM lagi untuk sampai ke kawasan litar. 


Siap kene masuk terowong nak lintas ke kawasan pit. Ni antara geng2 RKs.


Selfie dalam torowong dulu.


Masa ni dah excited dah. Ni masuk kawasan pit. Kene jalan ke hujung pit sebab start kat situ.


Sebelum start. Bergambo dulu.

Larian dimulakan pada pukul 7:07AM selepas geng-geng basikal dilepaskan. Runners lari di bahagian kanan trek dan cyclist plak bahagian kiri. Berkongsi trek selama 2 jam. Acara ni cuma 2 jam sahaja.


Pace aku hari ni.


Stat.


Map. Lari 2 loop.


Lap untuk 10km. Hari ni buat 1jam 11minit 15saat.

Lepas 10km je aku berjalan je sampai penamat. Macam biasa lepas lari kene la bergambar.


Saturday, August 30, 2014

Event Kit : Team Malaysia Fan Run 2014

Hari ni pergi amik Race Kit Team Malaysia Fan Run 2014 kat Multi Purpose Hall, Menara Tm, Taman Bukit Pantai (Menara Rebung TM). Parking free kat bawah Multi Purpose Hall. Sebelum masuk parking dah ada sign kata tempat parking untuk collect kit + siap ada orang jaga depan tu lagi. Sampai sana dalam pukul 3.30PM.

Lepas parking je terus amik lif naik tingkat G. Sebab kat pintu nak masuk lif dah ada tanda. 


Camni la papan tanda. Guide sampai pintu masuk Multi Purpose Hall.


Pintu masuk.

Masuk je terus ke kaunter. Sebelum gi kaunter siap ada orang tolong guide untuk pergi kaunter mana satu. Aku sampai tak ramai orang sangat. So sekejap je lar.


Laluan ke kaunter. Dah dibahagikan ikut berapa banyak kita ambil.


Mamat yang dekat kaunter. Carik nama dalam laptop, pastu tulis nama dan bib atas kertas, pastu tulis apa ntah kat stiker sebelah tu, then baro orang belakang amikkan bib dan baju.


Dapat baju dan bib sahaja. Takde goodies bag.


Ni la rupa baju rimau depan. Kolar V lagi tu.


Bahagian belakang.


Bib aku.

Aku tak join event ni sebab clash dengan River Jungle Marathon. Register sebab nakkan baju sahaja. Tu yang amik kategori Fun Run. RM20 sahaja.

Sekian.. Good Luck pada yang masuk event ni. :)

Event day : Saucony Running Clinic 2014 -2nd Session (Interval Run)

Interval – 8 to 10 sets of 400M or 800M sprints with recovery jog in between each set. Should be done carefully as risk of pulling muscle is high. Post run stretching is not recommended but it is important to perform cool down run after all sets has been done. Benefits include building of lactate threshold level, strengthening of legs and improvement of running posture. Preferably to be done on track for a more controlled environment.
Hari ni ada Saucony Clinic yang berlangsung di Stadium MPSJ, Subang. Sebab dekat dengan rumah aku, pukul 6:20AM baru keluar rumah. Pukul 6:45AM dah sampai Stadium MPSJ. Bersiap-siap kat kerata + makan Hammel Gel sepeket, sekali rupanya phone tertinggal kat rumah. So post ni takde la gambo kat lokasi. 


Kaunter pendaftaran. Setiap kali clinic, diorang akan amik kedatangan. Dan macam biasa akan dipamerkan kasut-kasut Saucony.


Sebelum start training. Lepak sembang2 dulu.


Warm up.


Kasut Kinvara 3 aku.


Badan senget2 masa lari. Tapi ada macam terbang skit. Hahha


Konsep Interval Run kali ni ialah :

400m - Speed 2x

400m - Recovery 2x

So ikut kata trainer, kene buat Speed run sekali seminggu. Paling jauh dalam 4km sahaja. So kitanya :

400m - Speed 5x

400m - Recovery 5x



Tapi aku tak ikut pon macam kat atas. Buat speed run 1 round je. Hehehe.
Usha aku punya suunto log.


Average pace.


Macam biasa HR mesti tinggi. Sebab speed run.


Map


1st km saja laju. Lepas tu dah tak larat. Tak biasa lari laju-laju nih. Tapi lepas nie kene buat seminggu sekali. Sepatutnya kene buat 4km. Skip 1km lagi. Hehehe

Hari ni habis dalam pukul 8:00AM. Takde sesi calm down. Terus ke sesi cabutan bertuah dan top performer.

Hari ni hari bertuah aku. Dapat stokin saucony. Yey.





Ni la stokinnya.

Disebabkan buat 3km sahaja, dalam pukul 8:30AM, aku lari lagi dalam 3km. rasa tak puas buat 3km sahaja. Lagipon tadi yang clinic punya. Ni sendirian berhad. Tapi slow skit dari sesi saucony la.


Pace untuk 2nd sesi.


At least pace seragam la skit. Niat nak buat 5km, sekali dah panas. 3km cukuplah. Dapat pace bawah 7min pon dah suka :)

Sekain laporan untuk hari ini. Banyak juga ilmu teknik larian hari ni dapat. Jumpa lagi di 3rd session di Padang Merbuk 13th Sept nanti. Easy Run 15km.

Gambar semua cilok dari Saucony Malaysia page. More pic klik sini.

Friday, August 29, 2014

Race Bib Button

Tak terpikir pon nak beli benda ni. Ntah macam mana aku bole ternampak butang bib ni kat website Ccube Sports HUB, terus order kat diorang. Barang baru sampai hari ni. So bye bye safety pin. Senang je nak pasang butang bib ni.


Package dalam plastik kecil je.


Cara-cara nak pasang ada kat belakang. Senang je.


Dapat 2 set.8 ketul.


Dah siap pasang kat baju.


Ready untuk clinic Saucony besok. Interval Run.


Bib untuk event Summernates kat Litar F1 Sepang.


Ready dah untuk hari ahad.





Harga butang ni RM30 je. Nak beli sila lawati blog Ccube. Review kat sini.

Sunday, August 24, 2014

Event day : Enjoy Green Challenge 2014 Run

Hari ni bangun lewat. Dalam pukul 5.20AM baru terjaga. Kelam kabut jugak la sebab event start pukul 6.30AM. Pukul 5.40AM cabut dari rumah. Breakfast Hammer Gel saja. Sampai kawasan event dalam pukul 6.10AM. Parking ok la main parking atas divider. Bleh plak ada satu geng buat disko sendiri kat kawasan parking yang berdepan dengan Amcorp Mall. Pasang lagu kuat2 dari kereta pastu joget ramai-ramai. 




Keadaan depan starting line.


Office mate aku yang dok warm up depan starting line.

Event dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan bertafakur selama satu minit. Takde senam robik. Tepat pukul 6.30AM je, larian dimulakan. Since aku tak berapa familiar sangat dengan kawasan PJ ni, lari ikut orang depan je. Sekali lepas je 500 meter, dah start panjat bukit. Aduh, layan bukit bukau sejauh 5km dalam kawasan taman perumahan. Dalam kawasan perumahan ok lagi sebab tak banyak kereta. Lepas je kawasan perumahan masuk main road, kete dah banyak. Dan kawasan main road ni la tak banyak marshal. Aku dengar ramai runner sesat. Ada yang tak cukup km dan yang terlajak km pon ada. Lepas tu yang jaga traffic pon x ramai. Runner kene tahan kereta sendiri bila nak lalu kawasan roundabout. Simpang-simpang kecil pon kene usha dulu. Banyak sangat lalu kawasan simpang. Bahaya untuk runner. Tapi aku alhamdulillah dapat 11.5km sebab antara runner pertengahan dan just follow runner depan je. 

Cut off time 1jam 30minit. Kelam kabut jugak la aku lari. Takut terlajak. Heheh.


Pace aku hari ni. Ok la ada peningkatan dari event yang lepas iaitu NMGalaxy.


Stat dari jam suunto.


Map.


Lap. Untuk lap ke-11, aku dah slow sebab kene panjat bukit mendatar. Tu yang pace 8 min.

Setelah 1jam 22minit lari, ni hasilnya :)


Medal depan.


Medal belakang

Lepas sampai garisan penamat, terus amik medal, goodies beg dan beratur untuk amik A&W breakfast.


Barang-barang dalam goodies bag.




Khemah untuk A&W





Macam biasalah, lepas selesai semua, masa untuk bergambar.


Selfie sekeping.


Selfie dengan officemate




RunningKakis..


RunningKakis..


Bleh plak diorang snap gambo dari belakang. Abaikan pace tu. Bukan aku punya.

Event kali ni tak best bagi aku la.

1. Traffic tak berapa cantik. Tak ramai org jaga simpang. Kene hati-hati masa berlari.

2. Takde pisang. Diorang cuma kasi air Revive satu tin yang sejuk dan satu tin yang dalam goodies bag.

3. Bila takde pisang, kene beratur panjang untuk ambil A&W breakfast. Breakfast kasi burger kosong dan air root beer tak sejuk. tak bagus tul breakfast fast food lepas lari.

4. Lucky draw panggil nama dan bukan bib number. Lepas tu nak kene tunjuk IC plak. Macam aku mana bawak IC masa berlari.

Itu je la kekurangan yang aku rasa. Kalau tahun depan ada lagi, kemungkinan besar aku tak akan join. Bahaya.

Tapi larian kali ni ada banyak peningkatan la. Masa 10km dan km untuk larian 1 jam bertambah baik.

Sekain.. Alhamdulillah berjaya tamatkan larian 11.5km.

UPDATE:
Official result dah keluar. Usha sini.



No.318 dari 599 orang. Macam biasa kelompok pertengahan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...