Pages

Sunday, March 29, 2015

LSD 15KM bersama Running Kaki FB group

Lama aku tak ber LSD dengan group Kaki Running ni. Hari ni berkesempatan join diorang. Sebenarnya LSD kali ni untuk newbies tapi Group Leader ajak datang suruh jadi Sweeper. Ada 2 group. Satu group 15km dan satu lagi 25km. Aku join yang 15km sahaja.

Bangun lewat hari ni, nasib baik sempat sampai sebelum diorang start lari, Larian kali ni agak berbeza dari biasa. Route yang Group Leader bawak lain dari yang lain. Memula lari masuk kawasan urban. Lepas dalam 6km baru lari panjat bukit dan memasuki kawasan Bukit Tungku.


Route hari ni. Malas nak capture pace dan stat. Sebab larian kali ni slow-slow ajer. Tak kira masa pon.

Terlupa nak ambil gambar masa masuk kawasan urban.


Bukit pertama lepas keluar dari larian urban.


Lepas naik bukit, layan turun bukit.


Bukit yang ke-2. Bukit ni kat lepas hentian bas jalan duta.


Bukit yang ke-3.


Tak sempat amik gambar untuk bukit yang ke-4. Sebab dah ada geng berpecah. Masuk kawasan belakang parlimen. Aku pon tak pernah masuk. Gambar dok tunjuk Parlimen.


Aku yang kantoi ikut shortcut masuk ke Padang Merbuk.

Total dalam 13KM je lari hari ni.


Gambar beramai-ramai selepas abis larian. Masa ni kitarang tunggu group 25km.

Best lari hari ni sebab masuk kawasan2 yang aku tak pernah lari lagi. Lepas tu lari slow takde pressure. 

Dengar kata bulan depan diorang nak buat kat tempat lain plak. Ashik kat Padang Merbuk ajer. Hehehe..

Sekain :)

Tuesday, March 17, 2015

Team Malaysia FunRun 2015


Tahun lepas aku cuma register sahaja tetapi DNS. Sebab ada hal lain. So tahun ni nak registerlah sebab ada 15km. Registration dah open. Sesiapa yang berminat bole register kat sini


Aku dah register untuk kategori 15km. Yurannya RM48. Terlupa nak tengok untuk yuran kategori lain.

Utk race kit collection.


Jumpa di sana nanti ya :)

Tuesday, March 10, 2015

ACTraining 10KM Program

Sapa nak training 10km dengan proper  training plan. ACAC ada buat kelas. Tapi berbayar la. Usha bawah ni.



WE PLAN. WE TRAIN. WE ANALYSE.
Are you ready for a new challenge?
It is time to re-evaluate your Personal Running Capability with our SMART Training Principles to help you improve your 10KM capability for the second quarter of 2015!
We are pleased to announce of a New Program Specially designed for all level of runners to run a good 10KM distance at your Best Potential! 
We know that most of you would have trained hard for all the races so far and wish to see results from your effort. There are also some of you who are new to running and would like to start by training SMART towards your goal. This Program is right for you!
In this "SMART Runners Series : ACEndurance 5 Weeks SMART Balance 10KM Program" you will:
- Get A Chance To Train With Polar M400 (The New 2015 Polar Running Watch) with a minimum loan fee.*- 5 Weeks SMART Structured Training Program.- 2 Weekly Group Training Sessions Targeted At Specific Workout.- Improve Your Running Efficiency & Learn To Train With SMART Training Method.- Polar Smart Coaching (Since 1977) Personal Training Data Analysis & Consultation With Our ACAC Head Trainer; Edan Syah.- Collaboration with the "MOVE PLAY" Team for a balance STRENGTH & CONDITIONING workout for runners!
Online Registration will open on the MARCH 12, 2015. More information and program fee will be available when registration opens.
Looking forward to see you on board! grin emoticon

Thank you.
"Train SMART. Race Stronger."
*Acceptance to program is on the first come first serve basis and places are limited! Every participant must own the "Polar H7 Bluetooth Smart Heart Rate Transmitter" for this program.

Registration open 12 Mrach nanti. Nanti update lagi :)

Update: registration dah open. Full detail dan bayaran info ada lepas submit online form. Bole masuk ke https://docs.google.com/forms/d/1LU7JCA1s0_p-5PCLTD7lzeGjj1wnTYGbKn0Tp9N8hbk/viewform?c=0&w=1&usp=send_form

Sunday, March 8, 2015

Event Day : Bukit Jalil Marathon 2015

Sekali lagi event di Bukit Jalil. Bulan lepas di Bukit Jalil iaitu RHB Half Marathon. Dengan semangat untuk memperbaharui masa tetapi meleset kerana kaki tidak memberi kerjasama. 

Macam biasa, event dekat dengan rumah, pukul 4:45AM baru sampai parking Stadium Bukit Jalil. Pukul 5AM dah masuk kawasan event. Tak jumpa kawan2 RKs tetapi ada jumpa kawan FB. So takde la gambo sebelum run.

Larian dumulakan pada pukul 5:32AM. Lewat skit.


Pace hari ni :) . Kecewa skit.


Cadence pon tak cantik. 


Map. Laluan sama macam NMGalaxy dulu.


Pace yang tak cantik. Dah dapat mantain dah pace masa sblm KM16, sekali lepas KM15 je, kaki bole crem la plak. Tu yang pace terus merudum. Jalan je.

Walaupon kaki crem, berjaya menamatkan larian bawah 3jam. Hasilnya :




Monday, March 2, 2015

Event Kit : Bukit Jalil Marathon 2015

Kalau baca nama event, mesti kita akan ingat kata event ni ada larian kategori Full Marathon. Tapi sebenarnya, cuma ada kategori Half Marathon dan ke bawah. Hari Jumaat sempat singgah ambil race kit kejap di Stadium Bukit Jalil. Tak ambil gambar sangat masa di Stadium sebab nak cepat. Singgah sebentar sahaja sebab nak bertolak ke Johor Bahru. Sempat ambil gambar sign board je.


Nasib baik diorang letak sign board. Kalau tak, memang tak tau kat mana nak collect. Masa sampai tu orang tak ramai. Dalam pukul 2.30PM. Diorang pon tengah pack-pack barang.


Dapat singlet. Dulu event ni namanya Brooks Half Marathon. So diorang masih kekalkan baju jenama Brooks. Singlet bahagian hadapan.


Singlet bahagian belakang. Macam biasa kalau dapat baju Brooks, mesti dapat voucher RM160 tu. Disertakan sekali sehelai kertas yang kandungannya pasal event.

Ni je yang dapat. Takde sling beg atau beg kain. So jumpa nanti di Bukit Jalil dalam acara 21km :)

Monday, February 9, 2015

12KM Live Great Run 2015

Tahun ni LGR (Live Great Run) dianjurkan pada bulan May. Registration dah open. Vanue pon bertukar.




Date: 24th May 2015
Start time: 7:00am
Venue: Dataran Merdeka
Fee : 12KM - RM55, 5KM - RM45

Maklumat lanjut dan online registration klik sini.

Dan aku dah register :)


Sunday, February 8, 2015

Event Day : RHB Half Marathon 2015

2nd event dan 1st HM untuk tahun 2015. Disebabkan event di Bukit Jalil, so pukul 4AM baru keluar rumah. Dalam pukul 4:15AM dah sampai parking. Bersiap dan terus ke kawasan berhimpun mencari kawan2 RKs. Jumpa jugak diorang sebelum larian.


Bergambar sebelum larian.


Dalam kawasan menunggu. 

Tepat jam 5:00AM larian dimulakan. 


Stat larian hari ini. Ada perkembangan.


Stat.


Map.




Memula pusing keliling stadium sejauh 1km dan seterus keluar menuju Astro. Kemudian pusing ke kawasan stadium dan menuju ke Gereja. Pusing sampai ke IMU dan menuju ke laluan bawah MEX. Surau disediakan di KM13 iaitu dibawah laluan MEX. Lepas pada bawah laluan MEX, aku dah tak tau apa nama tempat. Tak pernah lalu lagi. Tapi kawasannya berbukit bukau. Memang aku pancit lepas KM15.


Usha pace aku. Lepas KM15 terus hancur. Kene berlatih lagi nih.







Setelah 2jam 40minit, aku berjaya menamatkan larian. Hasilnya :


Tapi medal takde tulis kategori. Tapi aku berjaya memperbaharui PB utk HM.. Berpuas hati dengan larian hari ni. Cuma aku kene tingkatkan lagi latihan supaya dapat berlari dengan konsisten.


Saturday, January 31, 2015

Event Kit : RHB Half Marathon 2015

Gi amik race kit RHB Half Marathon 2015 kat Paradigm Mall hari ni. Dalam pukul 4PM sampai sana. Tak ramai orang dan collection mengikut category yang kita register. Gagah pi collect hari ni jugak sebab nakkan baju. Mengikut apa yang tetulis dalam info diorang 'Running T- Shirt sizes are on first-come-first-served basis'.


Laluan ke kaunter.


Kaunter mengikut kategori.


Korang akan dapat kit macam kat atas tue. Termasuk bib dan buku panduan. Takde beg.


Baju hadapan.


Baju belakang.

Dapat baju jenama Mizuno. Tapi macam kecik sikit saiz L dari selalu. So jumpa di Bukit Jalil 8hb Feb nanti. Semoga dapat menamatkan larian tanpa kecederaan.

Friday, January 30, 2015

MILO MALAYSIA BREAKFAST DAY RUN 2015

Dah macam event wajib plak Milo Malaysia Breakfast Day run ni. Tahun lepas aku masuk di Putrajaya. So tahun ni pon macam nak register jugak. Tapi registration tak buka lagi.



Details :

* Date : 12th April 2015 (Sunday)
Venue: Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Ipoh)
Register here : https://1xcess.com/registration/event/22233_2015





* Date : 26th April 2015 (Sunday)
Venue: Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Register here : https://1xcess.com/registration/event/11122_2015

* Date : 10th May 2015 (Sunday) - DAH PENUH
Venue: Presint 3, Putrajaya
Register here : https://1xcess.com/registration/event/33344_2015

Update :
Dah bole register dah mulai dar 20th March 2015.. Apa lagi.. Serbuuu

*** Aku dah register :)



Milo slip dan Race Entry Pack Collection details..

Wednesday, January 28, 2015

My 5th shoes - Columbia Drainmaker 2

Terbeli plak sepasang kasut lagi. Lalu depan World Of Sport kat IOI Mall Puchong dan terus masuk kejap sebab ada sale. Sekali nampak kasut Columbia Drainmaker 2. 50% plak tu. Terus beli tanpa banyak soal sebab bukan nak buat lari atau sukan tapi nak pakai gi keje. Hahahha.. Sakit kaki pakai kasut kulit, tu yang beli sepasang kasut sukan. Kusyen kaki ok skit.


Tadaaa.. ni la kasutnya. Takde nak tulis banyak sangat sebab pakai buat gi keje. :)

3R International Marathon 2015

Event pertama untuk acara Full Marathon untuk tahun 2015 untuk aku. Mula-mula macam taknak register. Pikir punya pikir.. Register juga :)




3R International Marathon 2015
Date: 19th April 2015
Venue: Palace Of Justice, Putrajaya
Starting Time: 4.30AM 
category: 42KM, 21KM, 10KM and 5KM

register here: TheMarathonShop

RACE ENTRY PACK COLLECTION





** Info penuh klik sini.

- Tarik tutup : Dah penuh :)



Event registered : 42km :)





Let's rock FM...

Tuesday, January 13, 2015

King of Bukit Larut 2015

Tahun ni rasa macam nak masuk event ni. Baca review tahun lepas macam best ajer. Acara panjat bukit. :)



Info dan keterangan lanjut boleh didapati di laman web http://kobl.teampacat.com/

Registration for the King of Bukit Larut 2015 starts on 20th January 2015.There will be 3 categories available and the event date is 26th April 2015.Join us and be part of this unique hill road race.

So tunggu 20hb nanti, baru nak decide betul-betul nak join ke idok. So far takde lagi event yang register bulan April. 

Update :
Nampaknya aku terpaksa melupakan event ni sebab dah register acara Full Marathon seminggu sebelum KOBL. 

Monday, January 12, 2015

Event Day : MPIB Run 2015

Larian permulaan untuk tahun 2015. Acara dimulakan dengan jarak 12km sahaja tetapi dengan azam baru. Pukul 6:00AM dah sampai tempat parking. Macam biasa park dekat dengan Masjid Bukit Aman. Solat dulu dan lepas tu baru bersiap-siap dan terus menuju kawasan event.

Agak ramai peserta untuk event ni. Sampai je terus cari kawan2 RKs. Tepat jam 7:00AM larian dimulakan. Azam aku untuk tahun 2015 ni, nak lari sejauh yang mungkin tanpa buat walk and run. Dan aku berjaya buat untuk 8km dengan skip WS di KM3. Berhenti minum di KM6 dan meneruskan larian tanpa henti sampai KM8. Lepas KM8 je dah agak penat sebab banyak sangat panjat bukit. Walaupon lepas KM8 buat walk & run, walk cuma 200meter sahaja untuk setiap kilometer. 800meter lagi aku lari jugak. 


Melintasi garisan permulaan.


Pace untuk hari ni. Ada peningkatan sedikit :)


Stat tak penuh macam biasa sebab tak pakai HR Belt. Battery abis la plak.


Map


Lap siput aku. Kalau ikut jam suunto aku ni, event punya jarak tak cukup 12km.


Gambo selepas menamatkan larian. X perasan cameran ambil gambo sebab ada ramai cameraman kat situ.


MPIB Medal.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...