Pertama kali join event PBIM nih. Berlari di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang. Hari sabtu tengah hari dah ada di Penang. Masuk Penang ikut feri.
Macam biasa la. Kalau masuk Penang tak makan Pasembur memamg rugilah. Pukul 3.30PM kitarang dah check in kat Vistana Hotel.Shutter dari Vistana ke kawasan perhimpunan di JK2PP dikenakan RM12 sehala. So aku ambil sehala sahaja. Pergi sahaja.
Pukul 1.30AM kitarang dah tunggu van depan Vistana hotel. Jarak hotel ke JK2PP dalam 5-6km.
Suasana di Starting line dalam pukul 1.50AM.
Posing dulu sebelum ramai orang.
Sempoi abis starting line. Tak rupa macam experience organizer. Cikai giler.
Tepat jam 3AM larian untuk Half Marathon dimulakan. Menngikut kata MC, peserta HM ada lebih kurang 16,000 orang. Bayangkan berlari dalam keadaan yang amat sesak dari starting line sampai ke km3. Lepas km3 baru dapat ruang sikit. Aku pulak lepas km3 terasa nak buang air kecil la pulak. Water station dan toilet ada kat km3.7. So singgah sekejap. Jam pulak nak masuk toilet. Kene tunggu lebih kurang 3-4 minit.
Kiri dan kanan jambatan mmg tak nampak apa la. Gelap sebab race HM start awal. Just permandangan lampu-lampu di atas jambatan sahaja. So layan pace sendiri dan tgk runner2 lari je la.
Pace.
Stat. Flat je jambatan ni. Patutnya bole buat PB. Tapi sebab ramai orang sangat, toilet jam, kawasan u-turn yang slow dan kaki melecet lepas km13 terus tak bole buat PB. Jarak pon tak cukup 21km.
Map.
Lap yang hancur.
Tapi aku berjaya menamatkan larian.
Reward untuk larian 21km.
Lepas tamat larian, terus ambil Medal dan minum apa yang patut. Yang tak best, lalu ke kawasan medal berlumpur. Kawasan tanah merah dan berair. Dah la aku pakai kasut baru :(.
Tak tunggu lama, aku terus berjalan nak balik. Malas nak tunggu dah. Mood tak baik sebab larian tak best dan kaki melecet. Masa tu dalam pukul 6AM. On the way nak ke kawasan shutter bus, terjumpa kawan aku. Bergambar la dulu.
On the way nak ke kawasan shutter bus, terserempak dengan teksi. Terus tahan dan naik ke Vistana hotel. RM32. Ok la nak balik punya pasal. Balik sampai hotel terus mandi dan solat subuh + sambung tidur. Hahaha..
So next time no more early running se-awal 3AM. Terlampau awal dan sebenarnya aku tak cukup rest. Mungkinkah event PBIM ni kali pertama dan kali terakhir untuk aku. Nanti aku sambung pro and cons PBIM ni.
Bye-bye Penang.
Update Result :
Rank 3272/10654.. Nak cari result, klik sini.
Kekurangan :
- Takde distance mark. Cuma ada last 3km sahaja.
- Finishing line yang sempit.
- Toilet kurang di water station. Kene beratur panjang + queue kacau orang nak lari. Kacau sampai satu lane.
- Kawasan untuk ambil medal sangat lecak.
- Peserta terlampau ramai. Tak bole nak speed sampai ke km3.
- Sikap runner yang suka berhenti tiba2 di tengah jalan untuk bergambar :(
Yang Best :
- Traffic lancar sebab lari diatas jambatan. Jambatan tutup sepenuhnya untuk kenderaan.
- Water station yang cukup.
- Larian dimulakan on-time.
**Adakah aku akan kembali tahun depan.. Akan dipikirkan :)
Gambar dari photographer :
No comments:
Post a Comment