Pages

Sunday, December 14, 2014

Event Day : GM Klang Run For It 8 2014

Bangun pagi pukul 3:45AM. Masa bangun tu hujan lebat la pulak kat rumah. Adus terasa malasnya nak gi lari kat Klang. Nasib baik aku ada hold race kit kawan. Kalau tak memang sambung tidur. Pukul 4:20AM gerak dari rumah dan pukul 4:40 dah sampai GM Klang. Sampai je sana dah jumpa rakan2 RKs. Pastu bagi race kit kat kawan dan terus berhimpun kat kawasan GM.


Sebelum mula. Picture taken from Essy Choo. 

Padahal kaki aku tak baik lagi. Sakit kat calf kaki kiri. Aku main belasah je lari. Nasib baik tak injured teruk lagi.


Pace untuk event ni. Kaki masih ok masa km9, lepas tu terus makin sakit. Terpaksa walk and run.


Cadence mmg hancur la kalau walk and run.


Map larian. Yang tak best route ni, masa lari di beberapa kawasan ada bau kurang menyenangkan. Bau bangkai binatang banyak sangat.




Laps. Pace makin lama makin slow. Hahaha. Dan satu lagi peringatan untuk diri sendiri. Pastikan makan pada malam sebelum event. Aku just makan roti sahaja malam sebelumnya dan sarapan pon roti juga. Lepas km10, terasa lapar sangat. Makan power gel pon tak dapat tampung kelaparan aku. Memang tak selesa kalau lari lapar dan kaki sakit. Hahhahha.

Untuk event ni, disediakan 5 water station sahaja iaitu setiap 4km. Note untuk aku kalau event yang ada 5 water station untuk 21km, kene bawak belt yang ada air. Dahaga lain macam. Selalu setiap 3km ada water station.

Dan event ni takde timing chip untuk masa. Diorang just kasik riben untuk track peserta. Memula sebelum start dapat satu warna merah, pastu warna kuning dan last warna hijau.

Lepas sampai garisan penamat, terus amik cert dan medal.


Cert.


Reward untuk 21km. Medal.




Finisher tee.






Lepas amik semua tu, terus ke khemah fruit. Disediakan buah tembikai, sekali tembikai dah nak abis la. Kecewa betul. Masa km20 dah teringat nak makan buah tembikai. Dapat la jugak makan tembikai tu tapi sikit sahaja sebab nak abis dan diorang potong kecik2.

Pastu ada apam balik dan karipap. Amik karipap sahaja sebab apam balik pon nak abis. Aku rasa makan abis sebab ramai peserta 10km dan 5km dah sebat dulu. 

Pastu lepak kejap dan carik kawan2 RKs. Hasilnya mesti la kene tangkap gambo.


Gambar cilok dari Khairul Izwan.


Geng kasut Brooks Glycerin12 warna merah.


Gambar dari Oscar.


Gambar dari Oscar. Ini masa menunggu keputusan lucky draw. Takde luck pon :)

Alhamdulillah dalam claf sakit pon aku berjaya menamatkan 21km dalam 3jam walaupon kene walk and run.

Kekurangan :

- Water station kurang. Ada 5 sahaja. Bagi aku tak cukup. 

- Route ada banyak tempat bau busuk. Bau bangkai binatang.

- Takde goodies beg :(

- Tembikai abis cepat. Makanan pon sama.

- Takde mobile toilet.


Yang Best :

- Traffic lancar dan marshal/rela jaga di setiap bulatan dan simpang.

- Ada tembikai.


So next event di Cyberjaya. Sama juga 21km. Jumpa di Cyberjaya. Harap aku bebas dari kecederaan calf ni masa event Twincity.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...