Pages

Sunday, May 25, 2014

Event Day : Firefighter Night Half Marathon D'Cyberjaya 2014

Event ni dianjurkan pada malam hari. Dan ni kali pertama aku run waktu malam. So tak tau nak budget masa nak sampai sana lagi. Jadi aku bertolak daru rumah dalam pukul 6PM. Dalam pukul 6.30PM dah sampai Balai Bomba Cyberjaya. Alhamdulillah dapat parking tepi jalan dekat dengan pintu masuk Balai Bomba. Takde lagi kawan2 aku yang sampai. Jadi melilau la sekejap dalam Balai Bomba tu.


Start point.


Disebabkan awal lagi, tak ramai la lagi para peserta sampai.


Perkarangan pintu masuk Balai Bomba.




Motosikal dan lori Bomba.


Kata semangat.







Lepas puas bergambar, kami menuju ke Masjid Balai Bomba utk solat Maghrib. Tu yang setiap gamba ada kain pelikat atas bahu. Heheheh. 


Macam biasa sebelum lari bergambar dulu.

Tepat pukul 8.30PM je larian 10km dimulakan. 21km start dulu 20min sebelum tu. Yang tak best run ni, 21km je ada timing chip. 10km takde :(


Map.


Pace.


Stat. Disebabkan lari malam dan tak pernah sebelum ni, jadi macam penat sikit.. Bukan sikit.. banyakkk...  Nak kene training malam gak ni supaya biasa dengan suasana malam. So far ada kemajuan. 10km sekarang masa dalam 1:18'54. 5 min kurang dari larian terakhir 10km.


Kat penamat pon aku belasah lari lagi. Lupa yang 10km takde record time. Hahaha..


Medal. Lupa nak amik gambar belakang. Tak silap aku medal untuk 21km talinya warna merah.


Aku dan Medal.


Sempat selfie dengan rakan opis.


Bergambar dengan RunningKaki FB group.


Kanak2 riang bersama lori bomba :)

Aku tau yang penganjur ni pertama kali anjurkan event running. So far cuma 2 perkara saja nak komplen.

1. Water station kurang meja dan cup. Terpaksa ambil sendiri cup dan tuang air sendiri. Ada 3 water station untuk 10km ni. Semua sama je. Tiga2 water station aku amik cup sendiri dan tuang air sendiri.

2. Di perkarangan balai bomba selepas larian, kurang tong sampah. Jadi cup dan mangkuk bersepah2 di longkang2 dan tepi bangunan. Kesian abg bomba nak kene bersihkan nanti.

Sekain.. Alhamdulillah berjaya tamatkan larian 10km.

Gambar dari Photographer.. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...