Pages

Thursday, June 12, 2014

ACAC "SMART Runner Series Three" Training Run



Hari berkesempatan join latihan yang dianjurkan oleh Pacer Team from Athlete's Circle Athletic Club (ACAC) Malaysia. Training ni diadakan semperna EduCity Sundown Run Malaysia 2014 yang akan berlangsung di EDUCITY SPORTS COMPLEX, NUSAJAYA, JOHOR BAHRU pada 21th June 2014. Aku dah register event ni tapi tak dapat join sebab wife kene kerja :(. 

Training hari ni kat MPSJ Stadium, Subang Jaya.

Lepas maghrib dalam pukul 7.30PM, aku terus gerak amik kawan aku roy kat ngan kawasan rumah ni. Sampai kawasan subang ke dah jam skit. End up sampai stadium pukul 8.00PM. Diorang dah start kumpul dan beri taklimat.



Ni jadual latihan kitarang hari ni. Mula2 start dengan warm up 2 round. 1 round = 400m. Sbb lari dalam stadium kan.

So diorang bahagikan kepada 3 group. Tu target setiap group. Aku masuk group yang ke tigalah. Konsep larian hari ni (Run 4x400m, Walk 100m) x 5 kali. Tercungap jugak la nak ikut pace diorang. Group aku kene lari pace at least 6:26min/km. Aku sempat ikut rentak pacer (Run 4x400m, Walk 100m) x 2 sahaja. Lepas tu pace terabur. Apa aku buat, lari 300m pastu walk 100m. Sampai la abis. Sepatutnya x sampai 10km, tapi aku sambung bagi cukup 10km.


Pace aku hari ni. 


Stat


Lari dalam balapan, nampak camni la.

Lepas lari je diorang adakan sesi warm down. Aku sempat join sekejap je sebab nak abiskan 10km punya pasal.


Sebelum balik, team ACAC ada kasik hadiah skit. Voucher 15% bole guna kat sundown nanti.

Macam biasa sebelum balik kene la bergambar dulu.


Geng2 yang join malam ni.,


Roy, Fazrul dan aku.. 

Bagi aku, training ni mmg bagus. Sebab kita akan ikut pacer kiter untuk lari dalam pace yang ditetapkan. At least aku tau, aku mampu lari pace 6.26min/km dalam 2km.. heehhee.. Sebelum ni layan pace 7min/km je.

Tapi training ni yang terakhir yang dianjurkan untuk Sundown. Inshaallah akan join lagi mana2 training di masa hadapan.

2 comments:

  1. aku nampak grup ni berlatih malam semalam semasa aku training berseorangan. Teringin nak join grup ni. Aku ni memang minat dalam aktiviti race larian. dah join beberapa larian 10km nak cuba haf marathon, so tengah cari grup yang aku boleh join dan berlatih bersama. aku dibagi tau ikut grup ni kat facebook tapi aku takde facebook, whatsapp bole ke? aku, koh dpd Mindef KL 0133458003. thanks, happy training.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam punya training tu dianjurkan oleh Pacer Team from Athlete's Circle Athletic Club (ACAC) Malaysia. Dan training ni yang last tapi yang join kebanyakan dari group Running Kaki dalam FB. Group Running Kaki mmg aktif buat training bersama. Nanti 28th June ni ada latihan kat Padang Merbuk. Since you takde Facebook, nanti saya ping ikut whatsapp. You duduk Mindef tapi training di Subang Jaya? tak jauh ke?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...