Kalau baca nama event, mesti kita akan ingat kata event ni ada larian kategori Full Marathon. Tapi sebenarnya, cuma ada kategori Half Marathon dan ke bawah. Hari Jumaat sempat singgah ambil race kit kejap di Stadium Bukit Jalil. Tak ambil gambar sangat masa di Stadium sebab nak cepat. Singgah sebentar sahaja sebab nak bertolak ke Johor Bahru. Sempat ambil gambar sign board je.
Nasib baik diorang letak sign board. Kalau tak, memang tak tau kat mana nak collect. Masa sampai tu orang tak ramai. Dalam pukul 2.30PM. Diorang pon tengah pack-pack barang.
Dapat singlet. Dulu event ni namanya Brooks Half Marathon. So diorang masih kekalkan baju jenama Brooks. Singlet bahagian hadapan.
Singlet bahagian belakang. Macam biasa kalau dapat baju Brooks, mesti dapat voucher RM160 tu. Disertakan sekali sehelai kertas yang kandungannya pasal event.
Ni je yang dapat. Takde sling beg atau beg kain. So jumpa nanti di Bukit Jalil dalam acara 21km :)
All the best for Sunday! :)
ReplyDeleteThank you :)
Delete