Pages

Saturday, April 26, 2014

Karrimor Compression Socks



Baru je beli Karrimor Compression dan Marathon Socks. So buat training hari ni lari 5km slow HR (46 min). Masih lagi ikut jadual latihan SundownJB. Tapi tersasar sedikit disebabkan hujan diwaktu petang 3 hari berturut-turut dari hari isnin. Semalam hari cerah dah buat 6km dengan slor HR (57 min). Dapat 4km lari tanpa henti tapi hari ini cuma dapat 3km sahaja. Mungkin sebab letih baru balik kerja kot. Training hari ni pakai stokin baru. Karrimor Marathon Socks. Untuk stokin ni takde apa yang beza sangat. Cuma dia serap peluh. So kaki takde la rasa longgar dengan kasut. 

2 hari berturut-turut buat latihan. Balik dari lari hari ni rehat sekejap je.. Lepas tu keluar dinner dengan family sampai pukul 10PM. Sampai je rumah kaki kat bahagian betis dah mula sakit. Baru teringat aku ada compression socks. Terus capai dan sarung kat kaki.. Pastu kasik kaki rilek skit. Kurang jugak la rasa sakit kat betis. Rasa nyaman di seluruh kawasan stokin pon ada.

Untuk aku yang pertama kali cuba compression socks ni kira terasa jugak la kesan compression ni. Niat nak pakai masa lari. Ni dah sakit betis terus pakai malam ni. Kira macam recovery compression socks la. Dah kat sejam aku pakai stokin ni. Dalam dok tulis blog ni pon tengah pakai stokin compression ni. Semakin kurang kesakitan kat betis aku ni. Tapi aku takkan pakai stokin ni masa tidur. Nanti nak tidur aku bukak la. Harap besok betis dah tak terasa sakit lagi.


Rupa kaki aku pakai Compression Socks


Ada tulis stokin untuk kaki kiri dan kanan.

Copy dari website Karrimor:
Be comfy on your next run with theseMens Karrimor Compression Socks, featuring anatomically shaped feet and a graduated compression around the leg for maximum comfort. The compression socks also benefit from padded heel, sole and toe panels for improved comfort, added shock absorption and blister prevention as you run. 
> Anatomically shaped > Reinforced heel, sole and toe sections > Graduated compression > Karrimor branding > 41% Tactel, 34% nylon, 10% cotton, 10% polyester, 5% Lycra` > Machine washable


Promote skit.. Kalau nak order barang Karrimor ni kat Malaysia, bole la usha page kawan aku kat Facebook. 
Terbaeek Sports & Outdoor Shoppe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...