Pages

Sunday, August 17, 2014

Early Bird Race Pack Collection PBIM

Early Bird Race Pack Collection
*Date: 17 August 2014
**Time: 8.30 am
**Venue: Taman Bukit Jalil

Lepas je APBIM 2014 running clinic, terus beratur nak amik race kit. Ni bukan untuk aku. Aku punya dah suruh hantar guna pos. Sebab aku dah ada di Bukit Jalil tu yang tolong amikkan. 

Start beratur line Half Marathon dalam pukul 9:00AM. 


Ni memula aku sampai. So ingat beratur ramai macam ni bole la dapat cepat.


Sempat selfie dulu sat masa beratur. Mamat baju biru tu lagi best. Bukan nak amik race kit pon. Teman aku beratur sebab nak gi sarapan sekali.


Masa beratur dah sampai dekat dengan khemah.

Rupanya jangkaan aku meleset. Kene beratur 2 jam untuk sampai turn aku. Perghhh.. punya la lama diorang ni nak kasik race kit. Paling aku bengang geng2 amik jenis bulk. Orang dah bukak kaunter khas untuk bulk, selamber masuk line untuk HM. Orang depan aku amik lebih dari 10 orang.. Patut la lama sangat. Adeh..

Dah la organizer tak letakkan barang2 dalam beg. Memula masa beratur diorang dah agihkan beg sahaja. Lepas tu agihkan race guide. Sampai kat kaunter baru kasik barang lain. Barang lain ialah sepeket kopi 2 in 1 dan teh segar.


Beg lebih kurang dengan tahun lepas.


Bib untuk 21km dan race guide.

Lepas dapat kit terus balik. Masa balik tu queue belakang aku masih ramai orang lagi. Ni gambo yang aku cilok dari FB lepas aku dah balik. Ramai giler orang bengang pasal ni.




















Baca komen2 pasal collection kit ni kat FB.. Ada yang queue selama 4 jam dan 2 jam dalam panas. Kesian runner2. Lain lain diorang kene buat kat dewan. dah bole buat kawasan padang macam ni. Ada plak organizer kasik salah tempat. Diorang cakap kat Dewan stadium Bukit Jalil.

Agak memalukan la bagi organizer ni. Diorang dalam lama anjurkan PBIM tapi still jadik macam ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...