Hari ni bangun lewat. Dalam pukul 5.20AM baru terjaga. Kelam kabut jugak la sebab event start pukul 6.30AM. Pukul 5.40AM cabut dari rumah. Breakfast Hammer Gel saja. Sampai kawasan event dalam pukul 6.10AM. Parking ok la main parking atas divider. Bleh plak ada satu geng buat disko sendiri kat kawasan parking yang berdepan dengan Amcorp Mall. Pasang lagu kuat2 dari kereta pastu joget ramai-ramai.
Keadaan depan starting line.
Office mate aku yang dok warm up depan starting line.
Event dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan bertafakur selama satu minit. Takde senam robik. Tepat pukul 6.30AM je, larian dimulakan. Since aku tak berapa familiar sangat dengan kawasan PJ ni, lari ikut orang depan je. Sekali lepas je 500 meter, dah start panjat bukit. Aduh, layan bukit bukau sejauh 5km dalam kawasan taman perumahan. Dalam kawasan perumahan ok lagi sebab tak banyak kereta. Lepas je kawasan perumahan masuk main road, kete dah banyak. Dan kawasan main road ni la tak banyak marshal. Aku dengar ramai runner sesat. Ada yang tak cukup km dan yang terlajak km pon ada. Lepas tu yang jaga traffic pon x ramai. Runner kene tahan kereta sendiri bila nak lalu kawasan roundabout. Simpang-simpang kecil pon kene usha dulu. Banyak sangat lalu kawasan simpang. Bahaya untuk runner. Tapi aku alhamdulillah dapat 11.5km sebab antara runner pertengahan dan just follow runner depan je.
Cut off time 1jam 30minit. Kelam kabut jugak la aku lari. Takut terlajak. Heheh.
Pace aku hari ni. Ok la ada peningkatan dari event yang lepas iaitu NMGalaxy.
Stat dari jam suunto.
Map.
Lap. Untuk lap ke-11, aku dah slow sebab kene panjat bukit mendatar. Tu yang pace 8 min.
Setelah 1jam 22minit lari, ni hasilnya :)
Medal depan.
Medal belakang
Lepas sampai garisan penamat, terus amik medal, goodies beg dan beratur untuk amik A&W breakfast.
Barang-barang dalam goodies bag.
Khemah untuk A&W
Macam biasalah, lepas selesai semua, masa untuk bergambar.
Selfie sekeping.
Selfie dengan officemate
RunningKakis..
RunningKakis..
Bleh plak diorang snap gambo dari belakang. Abaikan pace tu. Bukan aku punya.
Event kali ni tak best bagi aku la.
1. Traffic tak berapa cantik. Tak ramai org jaga simpang. Kene hati-hati masa berlari.
2. Takde pisang. Diorang cuma kasi air Revive satu tin yang sejuk dan satu tin yang dalam goodies bag.
3. Bila takde pisang, kene beratur panjang untuk ambil A&W breakfast. Breakfast kasi burger kosong dan air root beer tak sejuk. tak bagus tul breakfast fast food lepas lari.
4. Lucky draw panggil nama dan bukan bib number. Lepas tu nak kene tunjuk IC plak. Macam aku mana bawak IC masa berlari.
Itu je la kekurangan yang aku rasa. Kalau tahun depan ada lagi, kemungkinan besar aku tak akan join. Bahaya.
Tapi larian kali ni ada banyak peningkatan la. Masa 10km dan km untuk larian 1 jam bertambah baik.
Sekain.. Alhamdulillah berjaya tamatkan larian 11.5km.
UPDATE:
Official result dah keluar. Usha sini.
No.318 dari 599 orang. Macam biasa kelompok pertengahan.
Gambar dari photographer.
Jalan Templer, PJ.
Ada gaya terbang skit. Tapi landing macam kaki sauk ke dalam. hmmmmm
Depan Pondok Polis, PJ
Cara landing dah macam betul. Dah tak landing kat tumit.
Gambar ni takde signature. Aku copy dari owner U5 photography.
Dari jauh dah standby sbb nampak cameraman kat depan.
Aksi baru plak. Hehehe..
Di garisan penamat.
Gambar ni takde signature. Aku copy dari owner U5 photography.
Sibbaik tak join..bunyi cam tak berbaloi byr mhl2..huhu
ReplyDeleteMmg x berbaloi bayar mhl2.. Nak buat macam mana. Terkenan dengan medal dia. Tu yang register awal. Masa tu tgh ghairah nak join event. :)
DeleteHehe..sama la..berkenan sgt ngn medal die..ingt nk join last minute..skali mizuno kuar..trus cancel..
ReplyDeleteTu la. Mizuno tu memula nak join dah, tapi pikir dah bayaq mahal tu yang join jugak PJRun. Takpelah since tahun ni baru start lari dan ghairah nak register event, jadikan ia sebagai pengalaman. :)
Delete