Pages

Wednesday, April 9, 2014

Suunto Ambit2S dalam genggaman

Lambat sangat Ambit2R nak sampai Malaysia dan aku dah tak sabar, beli terus Suunto Ambit2S. Lepas ni dah x payah aku guna app kat phone lagi. Phone guna untuk dengar lagu je. 

Harga sebenar : RM1699
Lepas tawar menawar : RM1400
Lokasi : Sunway Pyramid
Warranty : 2 tahun


Terus pakai bawak gi opis. Hehehe

Balik keje tak sabar nak test jam ni. Sekali pukul 3.00PM hujan lebat la pulak. Nasib baik pukul 6.00PM hujan dah berhenti. Sampai je rumah pukul 6.15PM, terus tukar baju dan jalankan aktiviti. Ingat Ambit2S ni bole pakai HR belt Dual. Sekali tak bole lah. Kene pakai HR belt ANT atau ANT+.

Benda pertama calibrate compas dulu. Dah ok semua terus masuk sport mode. Hari ni test buat dalam 3KM je. Gambar bawah capture dari Movecount lepas sync. Lengkap dan bole buat analisis.


Slownya aku lari :)


Bole tengok graf.


Pace pon ada.

Ada banyak lagi info. Aku malas nak capture semua. Hhahaha.. Nak tau kene beli Suunto yg ada GPS lah.

Nak tau detail pasal jam ni bole baca kat sini. Dia cerita panjang lebar pasal jam ni.

*** FYI.. Jam ni hadiah dari bini aku.. ehheheh

Update : 4/10/2014
- Lepas guna satu hari + berlari selama 22 minit (guna GPS dan HR).. Bateri drop 10% sahaja.

Update : 4/12/2014
- 4 hari guna + berlari 22minit + 24 minit (guna GPS dan HR).. Bateri tinggal 74%.

Update : 4/13/2014
- 5 hari guna + berlari 22minit + 24 minit + 1 jam 25 min (guna GPS dan HR).. Bateri tinggal 50%.

Update : 15/4/2014
- 7 hari guna + 2 jam 49 minit (guna GPS dan HR).. Bateri tinggal 37%

Tuesday, April 8, 2014

BSN Run atau Standard Chartered Run


Clashes of ego

Baru nak merasa run kat event besar-besar ni sekali dedua event ni clash la. BSN buat sabtu malam (11th Oct 2014) dan Standard Chartered buat Ahad pagi (12th Oct 2014).



lawan


Mana satu ni nak join. Dua-dua best. Kawan aku cakap Standard Chartered ni prestige skit sebab asian circuit. Tapi BSN lari malam. Takde ler kene bangun awal pagi sangat. Heheheh

So kita tunggu bila pendaftaran dibukalah. Tapi aku berat nak masuk BSN Run. Sebab event di Putrajaya dan malam pulak tu. Tak perlu nak masuk KL pagi- pagi kalau Standard Chartered Run.

Monday, April 7, 2014

Berlari sambil dengar muzik

Memula start jogging rasa macam rimas nak dengar muzik. Nak kene pasang earphone la.. nak setting musik app la.. cam leceh. Lepas cuba masa event IJN run rasa tak renyah sangat. Cuma nak kene start musik dulu pastu on running app.

Nape nak kene ada musik masa lari? Sebab ia bole menenangkan jiwa dan kengkadang kira bole lari ikut rentak lagu. Tak rasa letih sangat.

Aku pakai musik app nama Spotify. RM10 sebulan bayar kat Maxis. Stream je lagu.




Bole ada playlist running ikut BPM.. hahaha



Cubala run sambil dengar musik. Pasti rasa perbezaannya :)

Sunday, April 6, 2014

Event day : Light Up Autism Run 2014

#lightupautism
Dedicate my run to Ilham Romantika :)

Punya awal bangun hari ni. Pukul 4.30AM.. Pukul 5.15AM keluar rumah dan tunggu kawan di Petronas Bukit Jalil. Pukul 6.00AM sampai Taman Tasik Titiwangsa. Parking kete pastu carik surau nak solat subuh dulu. Dalam pukul 6.30AM dah siap semua dan bergerak ke garisan permulaan. Tunggu punya tunggu pukul 7.10AM baru start lari.


Bib


Masa sampai sana gelap lagi. Bersama Jinggo





Sebelum mula.

Berjaya abiskan 8.52km dalam masa 1h:08m:40s. Event tulis 10km. Rupanya 3 kali tukar route. Refer sini untuk route asal.


Map
















Ok la ada kemajuan.. Sejam lari sejauh 7.5km
 
Pace aku. Slow je lari sebab kat 2 minggu tak training.

Saturday, April 5, 2014

Gear idaman

1. Suunto Ambit 2R  (Sudah beli Suunto Ambit2S)
Jam idaman aku setakat ni. Suunto Ambit 2R. Baru je keluar kat US dalam bulan 3. Skang tengah tunggu masuk Malaysia saja. Bila ntah nak masuk. Jam ni khas untuk runner. Kira adik pada Suunto Ambit 2 la.

Kalau ada jam ni tak perlu la aku bawak phone untuk track distance ngan map. Semua dah lengkap. Summary pon cun.

Summary dari movecount. Cilok summary training kawan aku yang pakai Suunto Ambit2S. Ada lagi segala chart dan graf dalam tu.



Ulasan lanjut bole baca dalam ni - dcrainmaker.com

2. 2XU Compression Tights


Katanya tights ni membantu hold otot2 kita masa lari. So takde la rasa sakit kaki sangat. Masalahnya mahal sangat. Dalam RM500++ kot harganya. Nak beli Compression short.. takde support untuk betis la pulak. hmmm..




Friday, April 4, 2014

Running App + Gear

Gear aku setakat ni 
- Suunto M5 untuk HR

























Untuk keep track distance dan map aku guna app dalam iphone.
1. Endomondo
- Tapi app ni selalu stop sendiri. Kalau dah lari kat 8km tetiba stop sendiri mesti bengang kan. Pastu kuat makan battery.
2. Movecount
- Sampai sekarang masih pakai. Masukkan data secara manual sbb takde movelink. App untuk Suunto
3. Runkeeper
- Pakai sekejap tapi ntah sbb rasa tak best. Sbb x bole upload GPX file.
4. Strava
- Masih dalam percubaan.. Nampak macam best.

- Belt
Untuk simpan aku punya phone dan segala kunci. hehehe.

2nd Event kit : Light Up Autism Run 2014

Next event aku Light Up Autism Run 2014
When : 6th April 2014

Baju untuk 10km.





Route ada pertukaran sedikit. 3 kilometer pertama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...