Pages

Sunday, December 7, 2014

Event Kit : GM Klang Run For It 8 2014

Collection date hari ni dan semalam. Semalam tak dapat datang sebab ada hal. So hari berkesempatan datang nak collect. Sampai dalam pukul 12.30AM. Tak bole nak parking kat dalam sebab jalan tutup. Ada karnival apa ntah. So parking kat tepi jalan je dan berjalan dalam 500meter untuk sampai ke dalam GM Klang. Orang tak ramai sangat. Masuk ikut tepi dan terus menuju ke pintu masuk utama GM Klang. Tempat collection sebelah pintu utama sahaja.


Tak ramai orang masa ambil. Meja pon disusun ikut categori.





Lepas ambil terus beli masuk GM Klang. Jenjalan kat level bawah jer dan lepas tu terus pulang.


Dapat dalam plastik macam ni sahaja. Ni bukan bib aku. Aku tolong ambil untuk kawan sekali. Dapat bib, singlet dan kertas panduan sahaja.


Singlet bahagian depan.


Singlet bahagian belakang.


Kertas panduan.

Simple jer kit collectionnya. Event ni hujung minggu hadapan. Aku kene berehat seminggu sebab calf kaki kiri masih sakit. Hope aku bebas dari sebarang injury masa event ni :)

Monday, December 1, 2014

Event Day : Putrajaya Urban City Run 2014

Hari ni keluar rumah lambat sikit sebab event start pukul 7.15AM. Event bertempat di Putrajaya. Dalam pukul 6.30AM dah sampai kawasan parking. Memula sampai, tak ramai orang lagi kat parking. Ingat dah salah tarikh dah. Memang tak sesak langsung. Macam takde event je. Lepas parking, terus bersiap-siap dan bergerak ke kawasan event.


Di kawasan event. Tenang je. Ni dalam pukul 6.50AM.


Khemah menyimpan barang.


Kawan aku Oscar yang baru nak pasang bib.

Tepat pukul 7.15AM, larian dimulakan. Sebelum tu kitarang buat senaman ringkas dahulu di dalam kawasan berhimpun. Ingat larian start lambat sebab MC dok cakap kene tunggu VIP nak lepaskan larian. Dari belakang x nampak pon geng VIP ni. 

Ingat event kecil macam ni takde peserta Kenya. Rupanya diorang masuk juga event ni. Ramai gak la geng2 dia.


Pace aku hari ni. 


Macam biasa cadence hancur la. Sebab main panjat tangga dan bukit.


Map.


Lap. Cuba tgk 2km pertama. Laju giler aku lari. Tak sangka bole lari pace 5. Lepas km2 terus pancit. Hahaha..


Tuesday, November 25, 2014

Event Kit : Putrajaya Urban City Run 2014

Yeah.. Berlari dia celah bangunan. Macam lain sikit event kali ni. Tu yang register. Ahad lepas gi amik race kit kat Perbadanan Putrajaya.


Dapat dalam beg cam kat atas.


Baju bahagian hadapan.


Baju bahagian belakang.


Senaskah majalah.

Dapat baju, bib dan majalah je kali ni. Larian 15km. 

Monday, November 17, 2014

Event Day : Penang Bridge International Marathon 2014

Pertama kali join event PBIM nih. Berlari di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang. Hari sabtu tengah hari dah ada di Penang. Masuk Penang ikut feri.



Macam biasa la. Kalau masuk Penang tak makan Pasembur memamg rugilah. Pukul 3.30PM kitarang dah check in kat Vistana Hotel.Shutter dari Vistana ke kawasan perhimpunan di JK2PP dikenakan RM12 sehala. So aku ambil sehala sahaja. Pergi sahaja. 

Pukul 1.30AM kitarang dah tunggu van depan Vistana hotel. Jarak hotel ke JK2PP dalam 5-6km. 


Suasana di Starting line dalam pukul 1.50AM.


Posing dulu sebelum ramai orang.


Sempoi abis starting line. Tak rupa macam experience organizer. Cikai giler.


Sunday, November 9, 2014

Event Day : Live Great Run 2014

Hari ni tumpang kawan ke Manara Matrade sbb aku tak tau jalan. Pukul 5.20AM dia dah pickup aku kat rumah. Singgah solat subuh dulu kat Masjid Wilayah dalam pukul 6AM. Ingat nak parking dalam Masjid Wilayah, pusing punya pusing terus ke exit keluar Masjid. So lajak ke depan sikit tgk ada kawasan parking kat Medan Makan. Kitarang park sana jer. Jalan kaki dalam 10minit dah sampai pintu masuk Menara Matrade. Terus menuju kawasan berhimpun. Tengok dah ramai orang dah. Masa ni dah pukul 6.50AM. Tak sempat nak bergambar masa starting. Sempat jumpa 2-3 orang geng RKs.

Tepat jam 7AM larian dimulakan. Mengambil masa hampir seminit untuk sampai ke garisan permulaan. 


Pace hari ni. Ada laju skit sebab push sikit sebab nak buat PB untuk 10km.


Still cadence hancur sebab ada jalan lepas 5km.


Route hari ni.


Lap. Lepas 10km dah semput terus sebab push masa km8 dan km9.


Thursday, November 6, 2014

Event Kit : Live Great Run 2014

Tempat collection di Great Eastern Mall di tengah Bandar Kuala Lumpur. Alang-alang dah jejak kaki kat KL ni, terus singgah collect race kit. Parking memang susah. Masuk sampai level P4 pon takde parking. Parking block kereta orang sahaja sbb sekejap je nak ambil race kit ni. Tempat collection kat level G. Kene naik lif. Keluat lif dah nampak dah kawasan collection kat tengah-tengah.


Depan pintu lif level G.


Keluar lif dah nampak kawasan collection.




Beratur nak ambil kit.


Ada gerai Keypower dan ACAC.


Diorang kasik beg kertas sahaja. Dalam tu ada baju, bib, buku panduan dan pelbagai voucher.


Baju brand Newton warna kelabu.

Race kit collection sampai hari sabtu ni. Hari ni hari pertama. So jgn lupa collect race kit ya runners. Jumpa ahad ni di Bangunan Matred :)

Monday, November 3, 2014

My 4th shoes - Saucony Kinvara 5 Kona Edition

Selepas cuba kasut Kinvara 3, aku dah mula minat dengan brand Saucony ni terutama model Kinvara. Lepas tu diorang ada keluarkan Kivara5 Edisi Kona, aku dah shook abis. Tapi tak masuk Malaysia la pulak. One day wife aku tanya nak tak kasut edisi Kona ni. Aku cakap nak ler dan lepas pada tu dia terus usha bila diorang start jual kat online store. 1st day Saucony website US open for order, wife terus beli guna service ComGateway. Semalam kasut dah sampai office dia. Hati dah girang dah masa tu.


Gambar pertama wife hantar masa dah sampai office dia.







Ni gambo dia snap masa dah bawak balik rumah :)

Dah sampai rumah je, dah tak sabar nak test run. Hasilnya aku lari 4km.


Hasilnya memang mengancam. Ringan giler dan ada padding kat belakang. Berbanding Kinvara3, padding kurang skit. Material pon macam best sikit. Tapi color mmg aku suka. Lava color. Lagi sati yang aku suka dia ada PRO-LOCK.. Untuk ketatkan kawasan mid foot. Nak komen banyak2 tak reti sebab tak pandai lagi nak menilai kasut. So far dah guna 4km.. mmg rasa lain la dari Kinava3. Lagi best :)

Anyway, thanks to my wife Fazelina Zainal for belated birthday gift.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...