Pages

Friday, June 27, 2014

2nd Time Trail run di Tmn Wawasan Puchong

Ni kali ke-2 aku cuba buat trail run. Macam biasa nak naik kat Puchong Wawasan kene ajak kawan aku yang duduk kat sana. Takut sesat atas sana. Ni rasanya dah hafal dah jalan kat sana. Hari ni aku balik awal kerja sebab ada urusan bank. Sampai je kat rumah dalam pukul 4PM, rasa macam nak buat trail run. Msg kawan aku Din, dia ada kat rumah. Apa lagi, terus ajak buat trail run kat Puchong Wawasan.

Nak pegi ni alamatnya :

Jalan Wawasan 5/1
Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

3.025011, 101.628995


Buat trail run ni bukan macam road run. Kene panjat bukit, adoi.. HR aku terus naik 90%. Most of the time jalan je. Lari sikit2 sahaja. Tu pon kat kawasan flat. Cuba gak nak lari bila panjat bukit, hush penat kaki ni beb. Dan lepas dapat tip berguna dari Din, baru leh panjat bukit dengan selamber. 



Pace aku hari ni.



Stat


Map


Lap aku.

Rupanya main trail ni bukan usha pace kita. Trail kira ngan masa. Lain plak. Tapi pengalaman lari trail ni mmg mencabar. Ni baru 3.77KM. Bayangkan kalau yang 50KM. Adus. Lepas ni nak cuba Bukit Gasing atau Kiara plak. Maybe lepas beli kasut Trail. Skang ni aku belasah pakai kasut Mizuno Waze Rider 15 aku. Tak hujan ok la. Kalau hujan kang licin.

Usha sini nak tgk citer 1st time buat Trail Run kat Puchong Wawasan ni.

Karrimor 2 Bottle Belt

Hari ni beli lagi barang untuk larian. Kali ni Karrimor 2 Bottle Belt. Macam biasa la kalau barang Karrimor mesto beli kat kawan aku kat FB. Usha sini : Terbaeek Sports & Outdoor Shoppe

Bukan aper, senang bila buat LSD atau larian jarak jauh lebih dari 10KM. Kang dahaga pertengahan jalan, mana ada air. Satu botol bole isi 170ml. So ada 2 jadinya aku bawak 340ml air kat pinggang. Ok la tu kan.





Tu la rupanya belt ni. Besok nak cuba bawak masa lari. Besok ada LSD dengan group Running Kaki FB. Layan 15KM. Maybe aku akan sambung larian bagi dapat HM sebab tak pernah lagi lebih dari 15KM lagi ni. Bulan Sept dah nak layan FM. Nak kene training lebih :)

Latihan di bulan Ramadhan - by SCKLM 2014

Ya, next week dah start puasa. Tapi aku akan tetap akan teruskan latihan. Tapi di waktu malam. Lepas solat tarawih.

Tip dari SCKLM
Point penting :

  1. Nak mula latihan mesti lepas 2 jam kita buka puasa atau makan. Maknanya kalau buka puasa pukul 7.30PM, so kene start latihan dalam pukul 9.30PM. Kalau tak berkocak perut. Hehehe
  2. Waktu latihan : 
    • Lewat malam.
    • Awal pagi sebelum sahur.
  3. Elakkan lari jangkamasa panjang. 'Quality not Quantity'




Mesej in dibawakan oleh www.my-essence.com

Monday, June 23, 2014

The Volkswagen Marathon Series 2014 Running Clinic


Do you have any query about your running techniques?
Come and join us for The Volkswagen Marathon Series 2014 Running Clinic at Taman Bandaran Kelana Jaya Park this coming Saturday morning (28th June 2014) at 7am. All runners are welcome to participate.
Jeff Ooi and Karen Loh will be conducting this running clinic to assist you to excel further on your running techniques especially to all first time full marathon runners out there.
Jeff and Karen have completed numerous ultra marathons and full marathons. With their experience, we are sure you could get some useful tips of do's and don't s for your run.
There will also be product knowledge talk for Hammer Nutrition, New Balance, Garmin, Rocktape, 2XU and Nathan.
Please register yourself here: Click here
Click here for the meeting up location
This great event is made possible by Volkswagen Malaysia.


Memang teringin nak join clinic nie sebab aku join THE RIVER JUNGLE MARATHON 2014 event. Full Marathon. Tapi date yang sama aku dah letak nama untuk join LSD 15KM dengan Running Kaki FB group.

Ish bole sama tarikh la pulak. Tengah pikir nak pergi mana satu ni. Clinic ni ok jugak sebab dekat dengan rumah.


Update:
Aku tak join clinic ni. Aku pergi buat LSD dengan group Running Kaki FB. Lari 15km.

Ni ada video dari clinic tersebut:



Sunday, June 22, 2014

Event Kit : Educity Sundown Johor 2014

Kit yang dapat untuk Educity Sundown Johor 2014.


Begnya besar tapi barang dalam tu sikit je :)


Item2 dalam beg tu.


Vest by Brooks - Front


Vest by Brooks - Behind


Bib


Timing chip.

Kali ni dapat upload Kit saja la sebab tak dapat join event. Wife kene keje hari sabtu tu. Feedback dari kawan yang join kata best lari kat sana. Inshaallah next year join :(

Training : 10km bersama group Lyn - Ammah Hill

Berkesempatan join Group Lyn buat LSD di Bandar Kinrara. Sebab dekat dengan rumah punya pasal la join diorang.
LSD - Long slow distanceLong slow distance training is a form of continuous training performed at a constant pace of low to moderateintensity over an extended distance or duration.  The moderate training intensity of LSD is effective in improving endurance and maximum oxygen uptake in individuals who are undertrained or moderately trained.  Long slow distance training is thought not to be effective when used in isolation by well-trained athletes, who in order to achieve further improvements in metabolic conditioning require higher training intensities that are not sustainable at the work durations associated with LSD.
Lagi satu sebab tak pernah layan Ammah Hill dan tak tau kat mana Ammah Hill tu.. Hehehe. Total lari hari ni 9 orang. Diorang ni mmg laju-laju. Aku memang ketinggalan kat belakang la. Tapi dengan teknik yg baru belajar, berjaya jugak la aku baiki pace aku. Larian start pukul 6.40AM gitu. Pukul 6.25AM baru keluar rumah. Main belasah je tegur group diorang dan cakap nak join. Diorang tak sombong. Ok saja. Tapi sendiri mau ingat la. Diorang laju-laju belaka. Dan aku mmg orang last sekali la. Heheh..


Pace aku hari ni. Bertahan 4km saja non-stop. Lagipon betis aku masih lagi sakit. Tu pon belasah lari juga.


Stat dari Suunto. Banyak kene baiki lagi ni. Macam PTE, kurangkan Maximal time dan Cadence.


Map. Ammah Hill tu yang kat hujung belah kanan tu. Sebelum titik kuning. Titik kuning tu tempat kitarang berkumpul sebelum pusing balik. 3 orang je yang buat 10km termasuk aku. Yang lain buat 15km. Titik kuning tu ialah Petronas atas bukit kat PUJ7.


Lap aku. Target aku nak lari semua lap bawah 7min/km. Tak dapat sebab betis sakit. Naik bukit je sakit betis datang balik. So kebanyakan bukit aku jalan je. Tapi ok la nampak jugak perubahan. Cadence pon dah cecah 70 je. Bak kata trainer masa kat SCKLM running clinic, cadence yang cantik ialah 80-90.

Sebelum ni aku x berapa tahu sangat yang lari kat Bandar Kinrara ni pon best jugak. Lain kali bole buat lagi since dah tau route mana diorang ni selalu guna. Next time inshaallah nak buat 15km plak. :)

Thursday, June 19, 2014

Buff Headwear



Tak tau nak panggil apa benda ni. Tapi jenama dia Buff. Aku beli just nak guna macam tuala kecik. Bawak tuala tak stylo so pakai benda ni stylo skit. Nak pakai kat kepala macam Headband. So takde la peluh menitik byk sangat dari kepala.



Cara nak pakai.




Test dulu. Nanti camni la aku akan pakai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...