Friday, May 9, 2014

Trail run di Tmn Wawasan Puchong

Ni kali pertama cuba lari trail. Saja nak cuba camna rasa lari kat trail ni. Selalu kat jalan raya je. Memula takde niat pon nak buat trail run ni. Sekali terjumpa sorang mamat dalam Movecount yg selalu lari trail. So aku pon tegur la dia. Macam2 la aku tanya dan last2 dia ajak join sekali. Dia suggest buat kat Taman Wawasan Puchong - Ayer Hitam Forest Reserve

Nak pegi ni alamatnya :

Jalan Wawasan 5/1
Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

3.025011, 101.628995


Tu kat tanda merah tempat nak park kereta. Ikut kata kawan aku tu, hujung minggu mmg penuh tempat ni. Trek dia kecik je,. Kalau ramai org mmg susah skit la nak lari. So kalau hujung minggu taknak ramai orang gi naik dalam pukul 12 tgh hari. Hari biasa pon penuh gak. Naik pukul 3 atau 4 petang tak ramai sangat. Masa aku sampai sana pon ramai orang dok naik. Tapi tak penuh sangat la. Aku janji ngan kawan aku tu pukul 4.30PM. Tapi start lari 4.45PM. 

So kami pon start jalan la memula. Biasa la baru kenal kawan baru, banyak bersembang la. Sambil sembang kami start panjat bukit2 kecil. Lepas tu dah start lari kawasan datar. Lepas tu mula panjang bukit yang agak curam. Bab panjat bukit yg tak bole tahan. Pancit ooo... Mmg aku underestimate trail run ni. Ingat senang2 saja. Rupanya seksa ooo.. Panjat bukit dah berapa kali berhenti. Tgh panjat bukit curam hujan plak turun. Satu hal plak. Aku tak pakai kasut trail. Main sebat pakai kasut jogging Mizuno aku tu je. Bab nak turun bukit curam yang cuak sikit. Sbb trek dah basah dan licin. Padahal trek ni dalam 4km je. Rasa macam lari 10km dah. 

Trek larian aku :

Pace : Amik kau.. hhahah

Statistik :













Kali ni takde satu gambar pon aku snap. Sebab dah penat sangat dan hujan pon nak start lebat balik. Kalau search pasal 'Ayer Hitam Forest Reserve', mesti jumpa gambar blog2 lain tangkap.

Bagi aku seronok jugak la buat trail run. Ni semangat nak beli kasut Salomon X-Scream. Heheheh.. Trail run kira buat latihan untuk kuatkan paha la.. Lain kali nak naik lagilah Ayer Hitam Forest Reserve ni. Buat 2 loop ke nnt.. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...