Pages

Saturday, January 31, 2015

Event Kit : RHB Half Marathon 2015

Gi amik race kit RHB Half Marathon 2015 kat Paradigm Mall hari ni. Dalam pukul 4PM sampai sana. Tak ramai orang dan collection mengikut category yang kita register. Gagah pi collect hari ni jugak sebab nakkan baju. Mengikut apa yang tetulis dalam info diorang 'Running T- Shirt sizes are on first-come-first-served basis'.


Laluan ke kaunter.


Kaunter mengikut kategori.


Korang akan dapat kit macam kat atas tue. Termasuk bib dan buku panduan. Takde beg.


Baju hadapan.


Baju belakang.

Dapat baju jenama Mizuno. Tapi macam kecik sikit saiz L dari selalu. So jumpa di Bukit Jalil 8hb Feb nanti. Semoga dapat menamatkan larian tanpa kecederaan.

Friday, January 30, 2015

MILO MALAYSIA BREAKFAST DAY RUN 2015

Dah macam event wajib plak Milo Malaysia Breakfast Day run ni. Tahun lepas aku masuk di Putrajaya. So tahun ni pon macam nak register jugak. Tapi registration tak buka lagi.



Details :

* Date : 12th April 2015 (Sunday)
Venue: Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Ipoh)
Register here : https://1xcess.com/registration/event/22233_2015





* Date : 26th April 2015 (Sunday)
Venue: Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Register here : https://1xcess.com/registration/event/11122_2015

* Date : 10th May 2015 (Sunday) - DAH PENUH
Venue: Presint 3, Putrajaya
Register here : https://1xcess.com/registration/event/33344_2015

Update :
Dah bole register dah mulai dar 20th March 2015.. Apa lagi.. Serbuuu

*** Aku dah register :)



Milo slip dan Race Entry Pack Collection details..

Wednesday, January 28, 2015

My 5th shoes - Columbia Drainmaker 2

Terbeli plak sepasang kasut lagi. Lalu depan World Of Sport kat IOI Mall Puchong dan terus masuk kejap sebab ada sale. Sekali nampak kasut Columbia Drainmaker 2. 50% plak tu. Terus beli tanpa banyak soal sebab bukan nak buat lari atau sukan tapi nak pakai gi keje. Hahahha.. Sakit kaki pakai kasut kulit, tu yang beli sepasang kasut sukan. Kusyen kaki ok skit.


Tadaaa.. ni la kasutnya. Takde nak tulis banyak sangat sebab pakai buat gi keje. :)

3R International Marathon 2015

Event pertama untuk acara Full Marathon untuk tahun 2015 untuk aku. Mula-mula macam taknak register. Pikir punya pikir.. Register juga :)




3R International Marathon 2015
Date: 19th April 2015
Venue: Palace Of Justice, Putrajaya
Starting Time: 4.30AM 
category: 42KM, 21KM, 10KM and 5KM

register here: TheMarathonShop

RACE ENTRY PACK COLLECTION





** Info penuh klik sini.

- Tarik tutup : Dah penuh :)



Event registered : 42km :)





Let's rock FM...

Tuesday, January 13, 2015

King of Bukit Larut 2015

Tahun ni rasa macam nak masuk event ni. Baca review tahun lepas macam best ajer. Acara panjat bukit. :)



Info dan keterangan lanjut boleh didapati di laman web http://kobl.teampacat.com/

Registration for the King of Bukit Larut 2015 starts on 20th January 2015.There will be 3 categories available and the event date is 26th April 2015.Join us and be part of this unique hill road race.

So tunggu 20hb nanti, baru nak decide betul-betul nak join ke idok. So far takde lagi event yang register bulan April. 

Update :
Nampaknya aku terpaksa melupakan event ni sebab dah register acara Full Marathon seminggu sebelum KOBL. 

Monday, January 12, 2015

Event Day : MPIB Run 2015

Larian permulaan untuk tahun 2015. Acara dimulakan dengan jarak 12km sahaja tetapi dengan azam baru. Pukul 6:00AM dah sampai tempat parking. Macam biasa park dekat dengan Masjid Bukit Aman. Solat dulu dan lepas tu baru bersiap-siap dan terus menuju kawasan event.

Agak ramai peserta untuk event ni. Sampai je terus cari kawan2 RKs. Tepat jam 7:00AM larian dimulakan. Azam aku untuk tahun 2015 ni, nak lari sejauh yang mungkin tanpa buat walk and run. Dan aku berjaya buat untuk 8km dengan skip WS di KM3. Berhenti minum di KM6 dan meneruskan larian tanpa henti sampai KM8. Lepas KM8 je dah agak penat sebab banyak sangat panjat bukit. Walaupon lepas KM8 buat walk & run, walk cuma 200meter sahaja untuk setiap kilometer. 800meter lagi aku lari jugak. 


Melintasi garisan permulaan.


Pace untuk hari ni. Ada peningkatan sedikit :)


Stat tak penuh macam biasa sebab tak pakai HR Belt. Battery abis la plak.


Map


Lap siput aku. Kalau ikut jam suunto aku ni, event punya jarak tak cukup 12km.


Gambo selepas menamatkan larian. X perasan cameran ambil gambo sebab ada ramai cameraman kat situ.


MPIB Medal.



Saturday, January 10, 2015

Contest : MAX AIR. MAX MILEAGE from RUN89 Crew

Satu lagi Giveaway kasut dari RUN89 Crew. Caranya mudah sahaja.

1. Berlari dengan menggunakan aplikasi Nike+.
2. Upload ke Instagram dengan hashtag #maxairmaxmileage

Giveaway ni berakhir pada pada 16 Jan 2015. 6 hari sahaja bermula dari sekarang :)



Captain's Challenge // Repost @danielyew
MAX AIR. MAX MILEAGE.
Fancy a pair of these brand new Air Max 2015? Here's how to win a pair from me : - Gear up with Nike+- Get out and run your longest run ever- Upload it on IG with the hashtag #maxairmaxmileage
The one with the most creative post will get a pair from me. Challenge starts NOW and ends on 16 Jan 2015. Happy running fellas!
#####
The Nike Air Max 2015 features an engineered mesh, Flywire cored based lacing for lock down and a full length blow molded air bag for maximum cushioning for an unstoppable run.
#run89crew #strongerwitheverystride #nikerunning #nikerunclub #nikemalaysia #airmax2015

Thursday, January 8, 2015

Garmin - Team 2ndskin Running Clinic 2015

Garmin - Team 2ndskin Running Clinic 2015!



As earlier mentioned (in some of our blog postings and updates), we would like to officially announce the Garmin - Team 2ndskin Running Clinic 2015! 
If you're a beginner looking to improve, or an intermediate runner seeking the little answers that will improve your performance, sign up for our running clinic today! 
Garmin, being leaders in their industry and always looking to give back to the community will also be allowing you to try on their GPS watches during test run at the clinic!
To top it all off, a mystery gift will be given to the top performer! 
Register now at http://www.aeco.com.my/register-running-clinic.html 
Fee is RM20 per person for 3 sessions per quarter, each session will only accommodate 30 people (limited!)
Sign up and spread the word!

Aku tak pernah attend clinic ni lagi, tapi kawan aku pernah join dan dia memang rekomen sangat clinic ni. Sangat bagus katanya. Aku tgh usha tarikh supaya tak clash dengan mana-mana event :) 

Tuesday, January 6, 2015

Contest : Mizuno Wave Rider Limited Edition Giveaway

Semperna perlancaran Mizuno Wave Rider 18 Limited Edition, World of sport Malaysia ada buat giveaway. Senang sahaja janji ada akaun FB dan Instagram.

1. Snap gambar kasut Mizuno anda.
2. Uploadkan gambar Hashtag ‪#‎winmizunoMY‬ dan tag @worldofsportsmalaysia di FB atau Instagram.

Senang sahaja. Mari mencuba nasib. Hadiahnya sepasang kasut Mizuno Wave Rider 18 Limited Edition. Ada 10 pasang diorang nak kasik :)

** Tarikh tutup : 31st Januari 2015



Aku dah post gambo kasut.. :)
Mizuno Wave Rider 15.. Kasut lari pertamaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...