Pages

Sunday, September 28, 2014

Event Day : THE PINK CHARITY RUN 2014

Event charity hari ni start pukul 6:45AM di Setia Alam Welcome Center. So pukul 5:35AM baru bergerak dari rumah. Dalam pukul 6:15 baru sampai dan parking dah kene park kat tepi jalan. Bersiap-siap di kereta dan terus masuk ke kawasan event. Tak lama terus event dimulakan. Disebabkan semalam aku dah buat LSD 18km di Newton route, so hari ni cuma lari lek lek ajer. Tak tangkap gambar pon hari ni. Malas sikit.


Gambar dari Running Malaysia. Ni masa baru start. Macam biasa aku carik camera.


Depan cameraman.. Hehehhe

On the way lari memang takde cameraman tunggu :(

Finisher line baru ada..




Tengah usha kat mana finisher line. Padahal lepas je start line tu aku dah jalan. Pastu baru perasan tu bukan finisher line.. Hahahah.


Gambar dari Upcoming Runs in Malaysia



Picture from sporthub.me


Pace hari ni. Tapi aku memperbaharui PB 10km. Dapat 1jam 10min. Lepas je km10 aku dah lari lek lek aje :)


Cadence ada peningkatan. 75rpm.


Map


Lap.

Alhamdulillah dapat habiskan larian 12km tanpa kecederaan. Cuma masa memula start dalam 2km pertama, kurang best sebab ramai runner yang berjalan di laluan paling kanan. So susah skit la nak potong since laluan untuk event ni kecik je.


Medal.


Kawan aku Armi bersama Marian Caunter. Rupanya Marian hari ni ialah duta untuk larian 5km.


Goodies bag.


Cert


Barang2 dalam goodies beg. Termasukla medal dan cert.

Since event kali ni ialah charity dan takde timing chip, so ok la bagi aku event ni. Fun. 

Kekurangan :

- Water station kurang. Cuma ada 2 sahaja. Nasib baik aku perasan dalam event guide. So dah standby belt yang ada air.

- Tempat untuk ambik goodies beg jauh dari garisan penamat. Memula sampai terpinga-pinga untuk mencari tempat goodies beg. Main ikut orang je.

Yang best :

- Ada buah tembikai.

- Route kurang bukit.

- Traffic dijaga dengan baik. Aku puji abang2 Rela dan Polis.

Sampai di sini dahulu. Next event BSN Night Marathon.

Saturday, September 27, 2014

Event Kit : THE PINK CHARITY RUN 2014

Terima kasih diucapkan kepada running buddy aku yang tolong pickup race kit untuk untuk event THE PINK CHARITY RUN 2014 besok. Tak banyak barang yang dapat.


Kasik daam satu plastik macam kat atas.


Senaskah majalah HealthToday.


Setup untuk besok. Pakai Saucony Kinvara3 dan baju diorang. Warna pink gitu.


Bib aku.


Kene bawak Reporting Card kalau nak masuk lucky draw.

Besok punya event 12km sahaja. Takde timing chip. Suka-suka sebab charity. Since hari ni aku dah buat LSD 18km Newton route, so larian Pink Charity ni macam recovery run ajelah. Matlamat nak abiskan 12km sahaja. Masa ikut suka :).

Event bertempat di :

Setia Alam Welcome Center,
Setia Alam, Shah Alam.

Sunday, September 21, 2014

Event Day : 2xu Compression Run 2014

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan larian pertama Half Marathon aku dengan catatan masa 2:51'22.5. Aku target dalam 3jam. Walaupon route yang berbukit bukau dan 2 bukit maut. 

Bangun awal dalam pukul 3:00AM. bersiap-siap dalam 3:30AM dah keluar rumah. Sarapan atas kereta sahaja. Roti Gardenia dan Hammer Gel. Dalam pukul 4:00AM dah sampai kawasan parking Taman Botani. Lepas kejap kat situ, running buddy aku pon sampai. Lepas tu terus bersiap dan menuju ke kawasan berhimpun.


Masa sampai tak ramai orang lagi.




Running Buddy aku.


Ni masa sebelum start. Sepatutnya start pukul 5:00AM tapi organizer lewatkan sedikit 5min. Yang pegang belon tu ialah pacer. 


Pace 8min. Bukit punya penangan.


Thursday, September 18, 2014

Event Kit : 2xu Compression Run 2014

Kit untuk 2xu Compression Run dah bole collect start hari ni. Wife tolong ambilkan sebab collection kat Garden dekat dengan office my wife.


Kat tempat collection. Cilok gambo dari kawan dalam FB.

Semua item diorang letak dalam plastik ni.

Bib.

Singlet 2xu.

Dah ready untuk ahad ni :)

Kali ni dapat timing chip yang bukan lekat di bib. Kene pasang sendiri kat kasut. Nasib baik kasik manual sekali.

Dapat buku panduan dan voucher 10%.

Dapat majalah Running Malaysia.

Actually event ni adalah event 21km yang pertama aku join. Hopefully dapat abiskan 21km dalam masa 3jam. Inshaallah.

Sunday, September 14, 2014

Running Form

Ni untuk rujukan aku. Lepas ni tak payah nak carik dah. Copy dari Shape Magazine :)


Saturday, September 13, 2014

Event Kit : Penang Bridge International Marathon 2014

Sama juga event ni. Kit hantar guna postal. Tapi postalnya diorang guna PosLaju. Actually sebelum ambil kit kat Skynet (untuk event Putrajaya Night Marathon), aku singgah ke PosLaju kat Puchong ni dulu. 


Postalnya


Barang2 yang dapat.


Dapat sample shampoo Clear, sepeket teh cina dan buku manual.


Singlet Asics. Event ni aku masuk yang 21km. Berlari di atas Jambatan kedua Pulau Pinang.

Event ni lambat lagi, 16th Nov, 2014 nanti. :)

Event Kit : Putrajaya Night Marathon 2014

Masa register event ni, aku pilih untuk terima kit guna pos. Sebab malas nak gi collect punya pasal. Diorang gunakan Service Skynet untuk penghantaran. Actually, kit dah sampai minggu lepas lagi, tapi takde orang kat rumah. So aku call balik diorang suh buat 2nd delivery tapi disebabkan masa diorang yang tak tetap, so aku suruh diorang hantar ke office Skynet Puchong. 

Hari ni ada Saucony Clinic 3rd sesion. Lepas je klinik, terus pergi ke Skynet Puchong. Memula sampai, office puchong kata barang takde kat sana. Alamak... Terus call office Subang tanya status. Lepas call Subang, diorang suruh tunggu 5 minit untuk semak balik dan masa tu la office Puchong dapat trace parcel aku. Memang ada kat Skynet Puchong punya office.


Rupa parcel aku.


Semua benda diorang taruk dalam satu plastik.


Dapat singlet Brooks. Bib no. M0346. Event ni aku masuk 10km sahaja.


Takde aper pon dalam plastik. Semua kertas iklan sahaja. Ada la voucher 20% dari GNC dan Cert Insuran yang bernilai RM10,000.


Event ni 11th October, 2014 nanti. Jumpa di Putrajaya ya :)

Event day : Saucony Running Clinic 2014 -3rd Session (Easy Run)

Long Slow Distance – An easy run that covers long distance to build both physical and mental strength. Physically to strengthen the leg through the distance covered, to engage fat building phase and to build endurance. Spending long time on the road helps in building mental strength as running does involve spending long hours on the feet for long hours. Should be done in a very comfortable pace where talking is still possible. Targeted distance should be 15KM and above.

Untuk sesi yang ke-3 ni, just buat easy run sahaja (LSD). Bertempat di Padang Merbuk. Clinic start pukul 7:00AM. Macam biasa our trainer Jason dan Frank akan buat stretching dulu. Pastu terus mulakan larian. Lead by Frank. 





Pace slow ajer. Easy run maa. Tapi aku suka run kali ni. Bole buat non-stop selama 3.7KM dan lepas rest bole sambung 3.7KM balik non-stop gak. Berbukit jugak route dia.


Stat macam biasa la. PTE 5.0.


Map.


Lap 4 jadi 12min sebab lepak lama kat tempat rest. Pada mulanya nak join group yang lari jauh skit dalam 12km, tapi disebabkan kaki tak mengizinkan. Bawah pelipat kaki still sakit. Terus patang balik lepas minum. 

Bila buat 7km sahaja, so lama skit la lepak sementara tunggu geng2 yang lari 12km sampai. Sempat la sembang2 dan tanya tips dari Jason.

As usual lepas semua orang sampai, ada sesi kasik voucher dan cabutan bertuah. Sekali lagi nama aku naik, tapi disebabkan dah pernah dapat sesi yang lepas, so kasik pada yang tak pernah dapat lagi la.


Selfie dengan geng RKs.


Dengan Trainer.. Jason dan Frank.


Terserempak dengan geng RKs lain yang buat secret training :)


Peserta untuk sesi kali ini.


Macam kenal je baju saper.. heheh

Nak usha gambar lain, klik sini.

4th sesi bertarikh 4th Oct. Iaitu sehari sebelum Raya Haji. Bertempat di Taman Bukit Jalil. Jumpa lagi di sesi yang ke-4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...