Sunday, September 28, 2014

Event Day : THE PINK CHARITY RUN 2014

Event charity hari ni start pukul 6:45AM di Setia Alam Welcome Center. So pukul 5:35AM baru bergerak dari rumah. Dalam pukul 6:15 baru sampai dan parking dah kene park kat tepi jalan. Bersiap-siap di kereta dan terus masuk ke kawasan event. Tak lama terus event dimulakan. Disebabkan semalam aku dah buat LSD 18km di Newton route, so hari ni cuma lari lek lek ajer. Tak tangkap gambar pon hari ni. Malas sikit.


Gambar dari Running Malaysia. Ni masa baru start. Macam biasa aku carik camera.


Depan cameraman.. Hehehhe

On the way lari memang takde cameraman tunggu :(

Finisher line baru ada..




Tengah usha kat mana finisher line. Padahal lepas je start line tu aku dah jalan. Pastu baru perasan tu bukan finisher line.. Hahahah.


Gambar dari Upcoming Runs in Malaysia



Picture from sporthub.me


Pace hari ni. Tapi aku memperbaharui PB 10km. Dapat 1jam 10min. Lepas je km10 aku dah lari lek lek aje :)


Cadence ada peningkatan. 75rpm.


Map


Lap.

Alhamdulillah dapat habiskan larian 12km tanpa kecederaan. Cuma masa memula start dalam 2km pertama, kurang best sebab ramai runner yang berjalan di laluan paling kanan. So susah skit la nak potong since laluan untuk event ni kecik je.


Medal.


Kawan aku Armi bersama Marian Caunter. Rupanya Marian hari ni ialah duta untuk larian 5km.


Goodies bag.


Cert


Barang2 dalam goodies beg. Termasukla medal dan cert.

Since event kali ni ialah charity dan takde timing chip, so ok la bagi aku event ni. Fun. 

Kekurangan :

- Water station kurang. Cuma ada 2 sahaja. Nasib baik aku perasan dalam event guide. So dah standby belt yang ada air.

- Tempat untuk ambik goodies beg jauh dari garisan penamat. Memula sampai terpinga-pinga untuk mencari tempat goodies beg. Main ikut orang je.

Yang best :

- Ada buah tembikai.

- Route kurang bukit.

- Traffic dijaga dengan baik. Aku puji abang2 Rela dan Polis.

Sampai di sini dahulu. Next event BSN Night Marathon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...