Alhamdulillah aku berjaya menamatkan larian pertama Half Marathon aku dengan catatan masa 2:51'22.5. Aku target dalam 3jam. Walaupon route yang berbukit bukau dan 2 bukit maut.
Bangun awal dalam pukul 3:00AM. bersiap-siap dalam 3:30AM dah keluar rumah. Sarapan atas kereta sahaja. Roti Gardenia dan Hammer Gel. Dalam pukul 4:00AM dah sampai kawasan parking Taman Botani. Lepas kejap kat situ, running buddy aku pon sampai. Lepas tu terus bersiap dan menuju ke kawasan berhimpun.
Masa sampai tak ramai orang lagi.
Running Buddy aku.
Ni masa sebelum start. Sepatutnya start pukul 5:00AM tapi organizer lewatkan sedikit 5min. Yang pegang belon tu ialah pacer.
Pace 8min. Bukit punya penangan.
Flat time 55min je. Lagi 2jam lebih naik dan turun bukit. Cadence hancur.
Map. Yang warna merah tu aku hit HR zon 5. Dalam km10, organizer ada kasik pisang dan gel. Tapi Gel cap apa ntah. Aku tak makan yang diorang punya.
Lap untuk hari ni. Yang 10min tu semua naik bukit. Bukit tinggi aku jalan jer. Tapi yang tak bestnya, kaki dah merajuk lepas km18. Nak crem. Kene la banyak berjalan skit. Turun bukit je lari sikit-sikit.
Selepas hampir 3jam berlari, ni la hasilnya.
Macam biasa selepas amik medal, jumpa geng2 RKs, kenela bergambar.
Bersama kawan.
Event 2xu ni ok la bagi aku.
Kekurangan :
- Kawasan selepas tamat larian sempit. Sebab semua perserta dari pelbagai kategori dah kumpul bersama.
- Takde finisher tee macam kat Singapore.
- Acara selepas larian tak best.
- Pakai shoe tag. Susah nak ikat tali kasut lepas pasang.
Rupa shoe tag.
Yg best:
- Banyak water station masa larian 21km. Diorang pon cepat sediakan air.
- Marshal guide jalan dengan berkesan.
- Traffic lancar.
Banyak plak komplen aku kali ni. Hahaha.. Sampai di sini dahulu. Puas dapat habiskan Half Marathon.
Official Result :
Macam biasa result aku selalu half dari penyertaan. :)
Gambar dari photographer. Kali ni tak ramai photographer sangat.
Rock..
Ni km18-19. Nak naik bukit yang last. Muka dah penat.
Sikit lagi nak sampai penamat. Dalam 500meter camtu.
No comments:
Post a Comment