Pages

Wednesday, September 3, 2014

Lafuma Cinetik Bottle Acid Green

Terpaksa beli satu lagi belt yang ada botol. Yang sedia ada iaitu cap Karrimor 2 bottle bole bawak 170ml x 2 je. Tak cukup. Untuk larian 21km ke bawah ok la kot. Ni nak lari FM (42km) punya pasal la. Usha kat Running Lab, sekali nampak yang berkenan. Terus beli. Botolnya bole isi air 550ml.


Ni la rupa belt tu. Senang bawak satu botol je.Aku nak isi Endurolytes Fizz aku dalam botol ni. Air biasa bole minum kat Water Station. Water Station setiap 3km. Poket kat sebelah botol tu bole isi Hammer Gel aku. Maybe aku standby dalam 5 peket. 1 peket makan 20min sebelum lari, dan sepeket setiap 8km. 8km x 4peket = 32km.. Cukup la kot.


Belt ni tak pakai clip biasa. Pakai strap. Senang nak adjust camni. Tu poket kecik kat strap tu muat untuk iphone aku. Memang ngam-ngam. So dah ready dah untuk FM aku kali ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...