Sunday, October 12, 2014

Event Day : Putrajaya Night Marathon 2014

Bertolak dari rumah pukul 6PM. Kene gi ambil kereta kat opis Cyberjaya dulu. End up dalam pukul 7PM baru sampai Putrajaya. Parking sebelah Masjid Besi. Masa tu parking tak penuh lagi. Sampai je lock kereta dan terus gi sembahyang Maghrib dulu. Lepas sembahyang baru patah balik ke kereta dan bersiap-siap. Keluar dari masjid je hujan dah turun renyai-renyai. On the way ke kawasan berhimpun baru jumpa geng RKs.. 


Gambar kabur sebab guna front camera.


Kat kawasan berhimpun 21km.




Tunggu nak start larian. Duduk jauh dari starting line.


Wajah2 bersemangat nak lari 21km :)
Gambar dari Nor Mah Ahmad


Geng-geng 42km start dulu pukul 8PM. Kami geng 21km start pukul 8.20PM. Alhamdulillah nak start je hujan dah stop.


Larian dimulakan dengan tempakan pistol dan tembakan bunga api.


Pace hari ni.


Stat.


Map.







Lap.

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan larian 21km aku bawah 3 jam. Lepas hit 21km je terus aku berjalan jer sampai garisan penamat. Ada lagi 1.4km nak sampai. All the way aku berjalan je. Kaki dah injured plak. 


Personal best HM.

Reward untuk 21km.




Dapat cap dan finisher tee.


Finisher tee.

Macam biasa abis lari kene la bergambar dulu.







Event kali ni best tapi cuaca je tak best sangat. Panas sangat. Dan hujan rintik sebelum nak start race.

Kekurangan :

- Kurang mobile toilet. Ada satu je kat km berapa ntah. So buang tepi bukit ajer.

- Kasik karipap masa abis lari. Karipap dah nak basi :(

Yang best :

- Water station banyak. Selang seli untuk air 100plus.

- Traffic dijaga dengan baik.

- Ada persembahan seperti tarian naga, ketukan gendang, ada hantu tgh jalan, ada kerbau melintas jalan dan ramai peserta 21km.

Tapi overall mmg best :).
Next event Makna lagi 2 minggu.

Update :

Official result dah keluar. Klik sini.
Result aku.. No.747 dari 1631. Macam biasa result mesti tengah-tengah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...