Sunday, November 2, 2014

Event Day : MAKNA Founder's Night Run 2014

Yeah lari malam lagi di Putrajaya. Kali ni untuk event charity. MAKNA Founder's Night Run 2014 yang bertempat di WATER SPORTS COMPLEX, PUTRAJAYA, PRESINT 6.


Event kali ni tak ramai geng RKs join so kurang la gambar dan pixman pon tak ramai sangat. Lari hari ni just nak teman kawan aku Armi yang pertama kali nak lari 15km. So just nak pace dia dan lagi satu besok paginya nak lari lagi untuk event pacesetters 20km.

Ni jer gambar yang ada sebelum start event. Bersama otai Marathon GME. Gambar dari pixman takde langsung.. Hahaha..

Kelam kabut skit persediaan untuk event kali ni. Wife tolong hantarkan ke Putrajaya. Sampai je kene jalan jauh untuk sampai ke kawasan berkumpul. Dan tak ramai yang aku kenal. So lepak sorang2 sampai kawan lain sampai. Tepat jam 8PM je, larian dimulakan.

Pace hari ni. Slow2 ajer.

Stat. Cadence hancur.. 

Kawasan laluan. Banyak mendaki bukit yang mendatar. Tapi berjaya buat non-stop every 3km.

Lap aku. Makin lama makin slow. Sebab teman kawan.

Reward untuk 15km :)

Lupa nak ambil gambar goodies beg. Banyak barang dapat. Tu yang aku suka masuk event charity ni.

Bagi aku event kali ni smooth. Traffic lancar, water station cukup dan mobile toilet je yang kurang. Dan paling tak best, masa nak sampai finising line, ada orang pengsan. Medic tengah buat CPR. Semoga perserta tersebut selamat. Tak dengar cerita atau berita pasal perserta tu lepas event.

Lepas lari tak tunggu lama, terus cabut. Kawan aku yang pertama kali buat 15km tu dah tak bole drive kereta dah. Kaki lenguh. So aku tolong drive sampai Cyberjaya. Gi makan Nasi Kandar dulu di Cyberjaya sebelum pulang untuk merehatkan diri.

Sekian untuk event kali ini.

Update:
Result bole klik sini.



No. 293 dari 364.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...