Pages

Monday, January 12, 2015

Event Day : MPIB Run 2015

Larian permulaan untuk tahun 2015. Acara dimulakan dengan jarak 12km sahaja tetapi dengan azam baru. Pukul 6:00AM dah sampai tempat parking. Macam biasa park dekat dengan Masjid Bukit Aman. Solat dulu dan lepas tu baru bersiap-siap dan terus menuju kawasan event.

Agak ramai peserta untuk event ni. Sampai je terus cari kawan2 RKs. Tepat jam 7:00AM larian dimulakan. Azam aku untuk tahun 2015 ni, nak lari sejauh yang mungkin tanpa buat walk and run. Dan aku berjaya buat untuk 8km dengan skip WS di KM3. Berhenti minum di KM6 dan meneruskan larian tanpa henti sampai KM8. Lepas KM8 je dah agak penat sebab banyak sangat panjat bukit. Walaupon lepas KM8 buat walk & run, walk cuma 200meter sahaja untuk setiap kilometer. 800meter lagi aku lari jugak. 


Melintasi garisan permulaan.


Pace untuk hari ni. Ada peningkatan sedikit :)


Stat tak penuh macam biasa sebab tak pakai HR Belt. Battery abis la plak.


Map


Lap siput aku. Kalau ikut jam suunto aku ni, event punya jarak tak cukup 12km.


Gambo selepas menamatkan larian. X perasan cameran ambil gambo sebab ada ramai cameraman kat situ.


MPIB Medal.






Aku sangat berpuas hati larian kali ni sebab berjaya lari tanpa buat walk & run. Walaupon takde PB, tapi sangat gembira. Dan event MPIB ni best. Cuma masa mula-mula ramai orang tak bole nak pecut sangat. Tapi aku bukannya laju sangat pon. Hehehe.

Unofficial Result :




Official Result :



Aku no. 557 dari 2827. Not bad :). Result tengok kat sini.


Macam biasa lepas lari kenela bergambo dulu.


MPIB run 2016 dah ada date. 10th Januari 2016 yer.




Gambar wajib. Kasut...



Berpuas hari dengan event MPIB Run ni. So takde kekurangan bagi aku untuk di tulis.

Yang Best :

- Mobile toilet ada di setiap WS.
- Traffic yang lancar.
- Minuman yang mencukupi.
- Ada pisang bila tamat.
- Ada ais krim, milo dan banyak makanan lagi.

Sekian untuk larian permulaan aku di tahun 2015.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...