Tuesday, December 23, 2014

Event Day : Cyberjaya Marathon Twincity 2014

Event kali ni takde target masa sangat sebab calf kaki kiri masih belum sembuh sepenuhnya. Pukul 3:45AM dah sampai kawasan event. Masa sampai, larian untuk 42km dah nak mula iaitu pukul 4:00AM. Sempat juga la bertemu rakan-rakan yang lari Full Marathon. Aku cuma masuk 21km sahaja. Mula dalam pukul 5:00AM.

Since Movecount still under maintenance, so aku capture dari Strava stat je la. 
Stat dari Strava pon lebih kurang je ngan Movecount sebab aku auto sync dedua ni.


Stat. Pace slow aje. Run and walk dengan sorang lagi rakan RKs aku. Aku kejar dia dan dia kejar aku. Ahahaha.


Route. Cyberjaya dan Putrajaya.




Lap. Makin lama makin slow. Sebab calf makin sakit. Tapi mampu lari sikit2 lagi.

Berjaya menamatkan larian bawah 3jam. Alhamdulillah.


Di garisan penamat selepas pecut last 100meter. Sampai nak crem kaki.

Hasilnya:


Medal dengan Saucony Kinvara2 Kona Edition aku. :)




Finisher tee. Sama je color dan design hadapan dengan vest event.





Macam biasa, lepas lari mesti kene bergambar dahulu sementara menunggu rakan2 FM sampai.


Bermacam-macam jenis kasut.








Selamber kasut baru aku kene pijak.


Masa ni dalam pukul 10:00AM. Agak ramai kawan2 FM dah sampai. Kitarang tengah congrats pada peserta2 FM.

Pada keseluruhan event kali ni bagi aku ok sahaja sebab ada beberapa kekurangan yang perlu organizer titik beratkan. 

Kekurangan :

- Ada beberapa laluan yang sangat gelap dan tiada mashal berjaga.

- Tiada station span seperti yang dijanjikan dalam jadual.

- Meja WS yang kecik menyebabkan peserta terpaksa berhimpit untuk ambil air.

- Pengambilan medal dan finisher tee yang tidak teratur. Terpaksa beratur panjang dan ramai potong barisan sebab tiada barrier.

Yang Best :

- Di water station ada disediakan tempat solat. Dimulakan dengan WS ke-2.

- Air dan pisang mencukupi.

- Toilet di WS.

- Toilet yang mencukupi di kawasan event.

- Ada mee hon lepas lari

- Lepas tamat larian, gap dari finisher ke tent medal dalam 100 meter. So ada masa untuk berjalan cool down.

So next event di Bandar Kinrara. 25km. Harap aku bebas dari kecederaan calf ni masa event Newton Challange..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...