Monday, December 1, 2014

Event Day : Putrajaya Urban City Run 2014

Hari ni keluar rumah lambat sikit sebab event start pukul 7.15AM. Event bertempat di Putrajaya. Dalam pukul 6.30AM dah sampai kawasan parking. Memula sampai, tak ramai orang lagi kat parking. Ingat dah salah tarikh dah. Memang tak sesak langsung. Macam takde event je. Lepas parking, terus bersiap-siap dan bergerak ke kawasan event.


Di kawasan event. Tenang je. Ni dalam pukul 6.50AM.


Khemah menyimpan barang.


Kawan aku Oscar yang baru nak pasang bib.

Tepat pukul 7.15AM, larian dimulakan. Sebelum tu kitarang buat senaman ringkas dahulu di dalam kawasan berhimpun. Ingat larian start lambat sebab MC dok cakap kene tunggu VIP nak lepaskan larian. Dari belakang x nampak pon geng VIP ni. 

Ingat event kecil macam ni takde peserta Kenya. Rupanya diorang masuk juga event ni. Ramai gak la geng2 dia.


Pace aku hari ni. 


Macam biasa cadence hancur la. Sebab main panjat tangga dan bukit.


Map.


Lap. Cuba tgk 2km pertama. Laju giler aku lari. Tak sangka bole lari pace 5. Lepas km2 terus pancit. Hahaha..






Gambar ni masa lepas larian dilepaskan. Lepas jalan ni, kitarang masuk basement Perbadanan Putrajaya.



Cabaran mendaki tangga zig zag. Lari separuh jalan je. Tak larat, tinggi sangat nak mendaki ke PICC.


Selepas turun dari PICC.


Depan camera kenela beraksi. Ni dalam km14. Dah nak sampai penamat dah.


Dan hasilnya selepas mendaki tangga dan bukit. Medal.


Lepas ambil medal, lepak minum air dan pisang.


Finishing line. Tenang je. Hehehe


Kawasan khemah. Pon tak ramai orang.


Ni sebelum aku balik.

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan larian tanpa sebarang kecederaan. Aku enjoy route ni. Moment paling cantik bila di puncak PICC. Permandangan cantik sangat. Berlari di tepi tasik dan dicelah bangunan. Tak 100% berlari atas jalan raya.

Kekurangan :

- Tak cukup Water Station. Cuma ada 3 sahaja iaitu setiap 4km. Bagi aku, sebab larian start lambat, matahari pon dah naik, better ada 4 WS.

- Takde milo bila abis lari.. Hahahahah

Yang Best :

- Toilet banyak sebab laluan larian memang kawasan taman. Ada banyak toilet.

- Permandangan yang cantik.

- Traffic dikawal dengan baik.

- Route yang berlainan iaitu berlari sambil mendaki tangga dan menggunakan laluan taman.

*** Kalau ada lagi event ni tahun depan, mmg aku akan register lagi. Sekian.

Update:

Result dah keluar



No. 129 dari 353 untuk Cat A - Men Open.

Check result, klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...