Sunday, June 15, 2014

SCKLM Running Techniques Clinic

Hari ni join klinik yang dianjurkan oleh Standard Charted di Taman Bukit Jalil. Gerak dari rumah pukul 6AM. Singgah beli sarapan jap dan sampai dalam pukul 6.25AM. Masa tu tak ramai orang sangat lagi. Sampai je terus pegi register sebelum ramai orang.

ITINERARY

(Duration: 6.30 AM - 10.00 AM)

Time Programme
6.30 AM Sign In
7.00 AM TOPIC - Running Technique
7.15 AM Warm Up Session
7.30 AM Start Run
9.30 AM Finish Run
9.35 AM Prize Presentation
9.45 AM Q&A Session

10.00 AM Training Ends


Kaunter masa masih gelap.


Bib aku. Kalau start huruf C maknanya join yang larian 10km. A untuk larian FM dan B untuk larian HM.


Siap ada timing chip tu.

Tepat pukul 7AM je acara dimulakan. Mula2 Running Technique sampai pukul 7.25AM. Banyak jugak ilmu dapat untuk running technique ni. Dia ajar cara larian yang betul, gerakan tangan dan macam2 lagi.











Para peserta yang hadir. Ramai juga la.

Pukul 7.40AM kami start lari.


Pace aku hari ni. Ok la sbb banyak minum air. Satu loop 2.7km. Pertengahan jalan dam garisan penamat ada water station. Setiap station aku benti minum air. Apsal ntah hari ni penat sangat. Tapi ok lagi sbb pace bawah 8min/km :)


Stat dari jam suunto aku. 


Map. Untuk group yang start ngan huruf C kene buat 3 loop. Tapi aku belasah 4 loop sebab nak cukupkan 10km. Tak sangka aku kat Taman ni dalam pukul 7AM dah ramai orang gi lari kat sini. Mmg penuh la jugak track.


Garisan penamat.


Abis je buat 10km, bib kene pulangkan. Lepas pulangkan bib, dapat la PowerGel seketul. Ni yang untuk during run. Simpan nnt nak cuba bulan August. Tarikh luput tahun ni jugak bulan Nov.


PowerGel


tadi pagi sangat tak nampak. Ni dah cerah baru nampak booth yg buka. Belah kanan kaunter pendaftaran dan belah kiri, jual PowerGel dan tuala bukin sejuk.


Walaupon event ni cuma klinik saja.. Aku puji penganjur sebab sediakan paramedik sekali.


Abis je larian, ada Q&A session. Satu benda baru yang aku belajar ialah teknik bernafas ketika lari. Yang aku dok belajar dari video youtube, nafas ikut hidung lepas ikut mulut. Tapi tadi trainer cakap, nafas dan lepaskan dedua ikut mulut. Reason lagi banyak oksigen akan masuk.

Sekain...

Terima kasih Standard Charted. Oh... satu lagi.. Klinik ni free aje. :)

Official result. Aku nombor 33 dari 80 orang. Not bad lah.. hehhe
http://kl-marathon.com/media/downloadablepdf/2014/06/16/tmn-bukit-jalil-15062014-10km.pdf




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...