Sunday, June 22, 2014

Training : 10km bersama group Lyn - Ammah Hill

Berkesempatan join Group Lyn buat LSD di Bandar Kinrara. Sebab dekat dengan rumah punya pasal la join diorang.
LSD - Long slow distanceLong slow distance training is a form of continuous training performed at a constant pace of low to moderateintensity over an extended distance or duration.  The moderate training intensity of LSD is effective in improving endurance and maximum oxygen uptake in individuals who are undertrained or moderately trained.  Long slow distance training is thought not to be effective when used in isolation by well-trained athletes, who in order to achieve further improvements in metabolic conditioning require higher training intensities that are not sustainable at the work durations associated with LSD.
Lagi satu sebab tak pernah layan Ammah Hill dan tak tau kat mana Ammah Hill tu.. Hehehe. Total lari hari ni 9 orang. Diorang ni mmg laju-laju. Aku memang ketinggalan kat belakang la. Tapi dengan teknik yg baru belajar, berjaya jugak la aku baiki pace aku. Larian start pukul 6.40AM gitu. Pukul 6.25AM baru keluar rumah. Main belasah je tegur group diorang dan cakap nak join. Diorang tak sombong. Ok saja. Tapi sendiri mau ingat la. Diorang laju-laju belaka. Dan aku mmg orang last sekali la. Heheh..


Pace aku hari ni. Bertahan 4km saja non-stop. Lagipon betis aku masih lagi sakit. Tu pon belasah lari juga.


Stat dari Suunto. Banyak kene baiki lagi ni. Macam PTE, kurangkan Maximal time dan Cadence.


Map. Ammah Hill tu yang kat hujung belah kanan tu. Sebelum titik kuning. Titik kuning tu tempat kitarang berkumpul sebelum pusing balik. 3 orang je yang buat 10km termasuk aku. Yang lain buat 15km. Titik kuning tu ialah Petronas atas bukit kat PUJ7.


Lap aku. Target aku nak lari semua lap bawah 7min/km. Tak dapat sebab betis sakit. Naik bukit je sakit betis datang balik. So kebanyakan bukit aku jalan je. Tapi ok la nampak jugak perubahan. Cadence pon dah cecah 70 je. Bak kata trainer masa kat SCKLM running clinic, cadence yang cantik ialah 80-90.

Sebelum ni aku x berapa tahu sangat yang lari kat Bandar Kinrara ni pon best jugak. Lain kali bole buat lagi since dah tau route mana diorang ni selalu guna. Next time inshaallah nak buat 15km plak. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...