Pages

Monday, September 8, 2014

Event Day : THE RIVER JUNGLE MARATHON 2014

Alhamdulillah. Aku berjaya menamatkan 1st FM aku di Ulu Langat hari ni. Walaupon masa aku hari ni 7:27'53. Padahal km paling jauh aku lari 17km selama ni.. Belasah je masuk Full Marathon ni. :)

Bangun seawal 2:30AM, besiap dan terus sarapan spaghetti. Pukul 3:00AM bertolak dari rumah dan pukul 3:50AM dah sampai lokasi event. 


Starting line untuk RJM kali ini. Parking disediakan dalam kawasan kedai makan tu. Dah ramai orang jugak la masa sampai tu. 


Bergambar dulu sebelum lari.


Gambar dari salah sorang RKs. Sebelum mula larian.

Tepat jam 5:00AM je larian dimulakan. Aku berjaya lari 5km non-stop. Pace slow ajer.


Di KM5. 1st water station.

Pukul 5:53AM berhenti sekejap solat subuh. Ada satu Masjid tepi jalan. Dan pukul Pukul 6:05AM sambung balik lari. Lepas pada 1st water station, next water station dan seterusnya setiap 3km.


Kat KM14. Kaki masih lagi ok. 


KM20 pon still ok lagi. So dah menghampiri HM. Masa ni masih lagi bertenaga. Kaki tak buat hal lagi.


Ni sebelum naik bukit nak ke station yang ada durian.


Bersama running buddy aku yang sanggup bersama-sama sampai ke finishing line.


KM23. Masa ni kaki dah start sakit. Sebab naik bukit tak henti2. Ni station yang ada durian dan tempat kene u-turn. Merasa gak la durian 2-3 ketul. Dah nak abis.






Thank Ken Lee sebab sempat snap gambar aku. Ni on the way turun ke KM26.


Sebelum sampai KM26. Thanks Mohan Marathon for the picture.



KM26. Turun bukit plak. Tapak kaki plak terasa sakit masa ni. Station ni dapat pisang plak.


Station yang ada air kelapa. KM32.


Aku cukup suka gambar ni. Permandangan yang cantik. Thanks The Marathon Shop for the picture.


You can do it.


Sebelum naik bukit maut.


Lepas je KM32, sepanjang jalan nak kene naik bukit. Aku tak tau macam mana bole lari sampai ke KM40. Padahal masa tu kaki nak crem pon dah terasa. Nak ambil gambo pon dah tak larat. Hahaha..




Akhirnya berjaya menamatkan larian. Ganjaran untuk 42km.





Finisher tee depan.


Finisher tee belakang.


Pace untuk hari ni. Hancur. Sebab lepas km26 je kaki dah kantoi.


Stat. 


Map.






Laps..


Goodies bag.




Item dalam goodies bag. Dapat Note book dan cert.

Sekian untuk larian 42km hari ni. Ok la dapat habiskan dalam masa 7 jam ++. Insyaallah akan cuba lagi FM. Maybe tahun depan.

Gambar dari photographer :






























Gambar yang ditunggu.. Muka kepuasan selepas berjaya menamatkan 42km bersama running buddy aku yang sanggup tunggu di setiap water station dan bersama-sama menamatkan larian. Mohd Fazrul

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...