Sunday, April 20, 2014

Event day : 2014 MALAYSIA BREAKFAST DAY RUN

Lokasi : Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24 Persiaran Perdana,, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Hari ni event MALAYSIA BREAKFAST DAY anjuran Milo. Terjaga pukul 5.00AM tapi terlelap balik dan pukul 5.20AM baru bangun. Bersiap apa yang patut, pukul 5.40AM bertolak dari rumah. Dalam pukul 6.10AM sampai di Putrajaya. Parking bawah Masjid Tunku Mizan atau aku panggil Masjid Besi. Naik atas masjid kejap buat solat subuh dan turun balik ke kereta bersiap apa yang patut. Pukul 7 dah ada depan Perbadanan Putrajaya dan masuk kawasan larian. 


Peserta dah start masuk barisan.


Aku dan Armi. Partner aku yang selalu join event larian.


Punya la awal dok baris. Tapi start lari dalam pukul 7.30AM.


Tengok.. sampai cerah pon tak start lagi. Hahahah.. 

Masa memula register event Milo ni, diorang tulis 8KM tapi bila dah nak sampai hari event dan amik kit tengok dikurangkan 1km. Jadinya 7KM.

Hari ni jumpa kawan lama opis Monster. Memula lari saing dia. Bila sampai kilometer 2 dia dah start pecut. Aku macam biasa la. Terkedek-kedek. Hehehe.

Official Result :
Aku nombor 1464.. huhuhu

Check result kat sini https://1xcess.com/result/event/MBD_run_2014


Hari ni lari 7.44KM dalam masa 57 minit 20 saat.


Pace 7'42 min/km


Summary


Route.

Bila dah abis, biasa la.. kutip madel dan goodies bag. Macam biasa la tak sah kalau tak bergambar lepas abis.


Yang takde medal tu sebab lari fun run 3km. Dia lari bersama family.








Medal

Bila dah selesai amik medal dan goodies bag, patutnya layan minum milo lah. Tapi disebabkan ramai sangat aku malas nak beratur. So jenajalan la kat situ.





Dan yang best, ada taman kecik kat sini. Milo sediakan kain hamparan untuk lepak atas padang.






Peserta cilik

Lepas habis aku tak tunggu lama. Terus balik dan macam biasa rewardnya sarapan pagi McDonald :)

4 comments:

  1. Terbaik la bang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak berjinak-jinak dalam bidang larian nih :)

      Delete
  2. bestnyer,, ada masa berlari..kite..berlari..lari anak... di rumah sajaa.. hehe.. keep it up Lan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada geng, Kalau tak malas la jugak nak join event ni. hehehhe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...