Sunday, April 13, 2014

Training : Lari 10km Putrajaya

Macam biasa seminggu sebelum event aku akan buat 'long run'. Tempat kegemaran mestilah Putrajaya. Satu pusingan 10km. Hari ni start pukul 7.15AM sebab ada kawan lambat sampai. Patut 7.00PM dah start. Tambah plak banyak jalan tutup hari ni semperna Event ironman. Jalan ke tempat parking selalu pon kene tutup. Sapa yang nak cuba lari 10km di Putrajaya, cuba track ni. Aku selalu parking kat alamat ni. Byk parking.

Jalan P4 T, Presint 4, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Koordinat : 2.907805, 101.684636



Statistik larian aku hari ni..















Patutnya bole laju lagi hari ni. Tapi kat km 6 ke 7 bertembung dengan event Ironman. Terus jalan sepanjang laluan tu. Usha orang berenang.

Ni buktinya.. Siap tangkap gambar.


























Tapi target aku hari ni 10km bawah 1 jam 20 minit tercapai. Lepas 8km kaki aku dah start sakit di betis. Kalau takde event ironman tadi ada gak cita-cita nak lari sampai 12km.. Hmmm, mmg nak kene beli compression atau calf guard. Paha tak terasa sakit sangat.

Tapi aku buat rekod baru hari ni. Lari 2.7km pertama tanpa henti. Selalu 2km je aku buat.

Ok la.. minggu depan ada event 8km Milo..


Peserta ironman yg sesat jalan.. hahaha


Ni baru peserta ironman yg betul. Masa ni baru lepas berenang nak ke tempat basikal. Kitarang kene melintas laluan diorang. Kene tungu peserta lalu dulu dan tadak orang baru bole melintas.


Dua gambar ni antara peserta terawal abis berenang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...