Saturday, August 23, 2014

Event day : Saucony Running Clinic 2014 -1st Session (Tempo Run)

Tempo run – A “comfortably hard” run between 85% to 90% of your maximum aerobic heart rate. Conversation is possible but not easy nor long during the run. Preferred distance would be 10KM. Recommended to run at least once a tempo run in a week to maintain fitness level and in long term, would benefit endurance level.

Yup hari ni sesi pertama untuk Saucony Running Clinic. Diadakan di Padang Merbuk dengan konsep larian sejauh 8km laluan Bukit Tungku. Clinic start pukul 7AM. Aku sampai Padang Merbuk dalam pukul 6.50PM. Sebelum tu, disebabkan semalam aku dah beli Hammer Gel dan Endurolystes kat Marathon Shop Sunway Pyramid, so arini  test power lah.


Ni la rupa Hammer Gel dan Endurolystes. Endurolystes ni berbentul tablet. Ada 13 ketul. Bancuh dalam air. Digunakan untuk mengelakkan ketegangan otot dan tenaga.

So dalam kereta pukul 6.40AM aku makan sepeket Gel perisa Orange. Ok pass perisa orange bole terima. Masa lari aku bawak running belt yang ada botol air. Sebotol isi dengan air mineral dan satu lagi isi Endurolystes ni.

Sampai je Padang Merbuk, ramai peserta dah sampai. Siap ada booth lagi.






Ni la rupa trainer Saucony. Jason, Zijill dan Frank.

Dalam pukul 7.10AM, Jason dah start panggil semua peserta berkumpul. Acara dimulakan dengan bertakafur untuk #MH17 selama satu minit. Aku plak bole layan tangkap gambar. :)











Lepas bertakafur, Frank dan Zijill ambil alih untuk buat Dynamic Warm Up. Tepat pukul 7.25AM, larian sejauh 8km dimulakan. So Frank lead group, Zijill jaga medium punya group dan Jason as sweeper. Masa tgh lari, trainer ni akan cuba untuk monitor peserta dan cuba betulkan mana-mana yang salah. Contohnya terjadi masa aku lari di km2.3 camtu, Zijill lari sebelah aku tanya nama, pastu cakap aku lari nampak macam bahagian tangan dan bahu ketat. So dia suruh loose skit. Lepas loose skit baru rasa macam rilek skit.

Aku bole follow kelompok Frank (geng laju) sampai km3.5 camtu. Sebab dah masuk kawasan2 bukit. Aku memang lemah skit kawasan bukit nih. So lari lah aku dengan pace sendiri. Tapi lepas aku minum air Endurolystes dalam km4, lepas 500m camtu, terasa macam ada tenaga dan tak letih sangat. Aku bole lari non stop dalam 1.6km camtu even naik bukit. 





Pace aku.


Stat




Lap.

Macam biasa la.. 1jam aku bole buat 8km saje. Bila nak improve ntah. Lagi 700m nak sampai penamat, Frank dah tunggu. Masa tu aku dah tak larat. Depan Frank aku berhenti dan berjalan. Frank cakap kat aku jangan lari, teruskan dengan berjalan kaki sampai abis. Sbb nak kejar 1jam 8km, aku gagahkan diri berlari sampai habis. Hahaha.


Tempat memula aku serbu lepas abis lari. Masa lari, dalam km berapa ntah, diorang ada sediakan water station. Tapi sebab aku ada bawa air, tak stop untuk minum.


Sempat bergambar depan banner dengan voucher free.


Teman yang selalu join event.


Voucher


Saucony Kinvara 3.


Otai.. Yang pakai baju oren tu dapat no.1 untuk hari ni. Dapat cash voucher Saucony RM200.


Lepas lepak, Frank panggil untuk buat Statik Calm Down. Ada la dalam 10minit camtu. Lepas calm down, diorang ada cabutan bertuah. Dapat 3 pasang stokin Saucony.

So far aku suka training ni. Ada org tolong betulkan larian dan banyak juga la tip untuk hari ni. Teruatama tip larian bukit.

Thanks Saucony. See you in 2nd session at MPSJ Track (Interval Training) next week.

Lagi gambar di Saucony Clinic.. Tekan sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...